Biodiesel From Waste Palm Oil And Chicken Fats As A Green Fuel For Diesel Engine

Jong, Yang (2013) Biodiesel From Waste Palm Oil And Chicken Fats As A Green Fuel For Diesel Engine. Masters thesis, University Malaysia Sarawak, (UNIMAS).

[img] PDF (Please get the password from Digital Collection Development Unit, ext : 3932 / 3914)
Biodiesel From Waste Palm Oil and Chicken Fats As A Green Fuel For Diesel Engine.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)
[img]
Preview
PDF
Biodiesel from waste palm oil and chicken fats as a green fuel for diesel engine(24pages).pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembangunan sektor perindustrian dan peningkatan populasi menyebabkan permintaan tenaga dunia meningkat dengan berterusan. Bahan api fosil adalah terhad kerana pembentukannya mengambil masa berjuta-juta tahun. Kesediaannya mungkin boleh dipanjangkan dengan mengurangkan penggunnaannya. Oleh itu, beberapa negara menggunakan pelbagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Dari sudut pandangan alam sekitar dan aspek ekonomi, bahan api diperolehi daripada lemak dan minyak sebagai alternatif untuk menggantikan bahan api berasaskan petroleum telah menarik perhatian yang besar di seluruh dunia. Biodiesel, metil ester asid lemak merupakan tenaga yang terbiodigradasikan, boleh diperbaharui dan mampan. Ia dihasilkan daripada minyak tumbuhan atau lemak haiwan melalui proses pengtransesteran bersama alkohol berantai pendek atau melalui proses pengesteran asid lemak. Proses pengtransesteran merangkumi transformasi trigliserida kepada metil ester asid lemak, dengan kehadiran alkohol dan mangkin, di mana gliserol sebagai produk sampingan. Sisa minyak dan lemak merupakan salah satu bahan mentah penghasilan biodiesel yang memberangsangkan kerana ketersediaannya dan kos bahan yang murah berbanding dengan bahan mentah yang lain. Tambahan pula, penggunnaa sisa minyak dan lemak untuk menghasilkan biodiesel juga membantu mengurangkan masalah pelupusan yang boleh membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.

Item Type: E-Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (M.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2013.
Uncontrolled Keywords: Diesel motor, Fuel systems, Alternative fuels, Dissertations, Academic, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Engineering
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 03 Nov 2015 07:17
Last Modified: 03 Nov 2015 07:17
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/9281

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item