Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan Di Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) UNIMAS: Kumpulan Fokus Dan Kajian Kepuasan Pelanggan

Wan Abdul Rahman, Wan Bujang (2011) Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan Di Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) UNIMAS: Kumpulan Fokus Dan Kajian Kepuasan Pelanggan. In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik, 2011.

[img]
Preview
PDF
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DI PUSAT KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK (PKMA) UNIMAS (abstract).pdf

Download (107kB) | Preview

Abstract

Perkhidmatan perpustakaan memberi impak kepada keberkesanan sesebuah perpustakaan dalam memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.Perkhidmatan yang relevan adalah penting dalam memastikan ianya berorientasikan pelanggan dan memenuhi kehendak mereka. Justeru, objektif kajian adalah untuk meningkatkan kesedaran pelanggan, berkongsi maklumat dan mengenalpasti perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di universiti. Kaedah yang digunakan adalah melalui Perbincangan Kumpulan Fokus dan Kajian Kepuasan Pelanggan yang dijalankan pada tahun 2010. Kumpulan Fokus merangkumi 3 kategori iaitu pelajar pra-siswazah, pelajar pasca-siswazah dan staf akademik. Kajian Kepuasan Pelanggan adalah terbuka kepada semua dan dilaksanakan secara atas talian. Hasil kajian mendapati perbincangan kumpulan fokus dan kajian kepuasan pelanggan mencapai 70% ke atas dan memenuhi standard kepuasan pelanggan bagi perpustakaan akademik. Maklumbalas pelanggan menjadi aspek penting dalam transformasi dan penambahbaikan perkhidmatan PKMA. Semua pertanyaan, cadangan dan idea baru diberi respon pada masa perbincangan dan dibuat analisis untuk perkongsian maklumat dengan pelanggan yang lain. Respon kepada pelanggan ini diletakkan pada panel maklumat di dalam bangunan serta dimasukkan ke dalam laman web PKMA. Perbincangan kumpulan fokus dan kajian kepuasan pelanggan telah dilaksanakan untuk memberi perkhidmatan yang relevan dan berorientasikan pelanggan.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Perkhidmatan Perpustakaan; PKMA; Kumpulan Fokus; Kajian Kepuasan Pelanggan; Transformasi Perpustakaan; Perkongsian Maklumat, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub
Faculties, Institutes, Centres > Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 13 Oct 2015 06:45
Last Modified: 13 Oct 2015 06:45
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/9162

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item