Penggunaan Bahasa Rojak: Isu dan Cabaran dalam Memantapkan Kemahiran Komunikasi Pelajar di Kolej Kediaman UNIMAS

Meor Osman, W. R. and Meor Osman, W. S. and Meor Osman, W. A. and Meor Osman, W. U. K. (2014) Penggunaan Bahasa Rojak: Isu dan Cabaran dalam Memantapkan Kemahiran Komunikasi Pelajar di Kolej Kediaman UNIMAS. Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan 2014. ISSN 978-967-5418-43-3

[img]
Preview
PDF
Penggunaan Bahasa Rojak.pdf

Download (735kB) | Preview

Abstract

Dalam arus kemodenan yang pesat dengan kemajuan infrastruktur dan teknologi maklumat yang tiada sempadan wujud fenomena berbahasa yang pelbagai. Generasi muda khususnya pelajar terdedah dengan variasi berbahasa terkini daripada medium yang rencam. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berperanan penting dalam melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran dan berkeupayaan tinggi dalam bersaing pada peringkat lokal dan global. Kemahiran Insaniah yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) menerusi Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah dilihat sangat membantu mengembangkan potensi dan mengasah kemahiran pelajar di universiti khususnya. Kertas kerja ini bertujuan memerihalkan isu dan cabaran dalam pemantapan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar khususnya di kolej kediaman UNIMAS dengan memperlihatkan fenomena bahasa rojak yang menjadi salah satu trend berbahasa remaja. Oleh itu, kajian yang berbentuk deskriptif ini memanfaatkan kaedah temu bual yang melibatkan enam orang pelajar. Penelitian kajian dilihat berupaya menghasilkan data yang pelbagai dengan berfokuskan kepada percampuran kod yang menjadi kelaziman pertuturan dalam kalangan remaja khususnya pelajar universiti. Kertas kerja ini turut membincangkan implikasi kajian terhadap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar yang akan menempuh dunia pekerjaan serta bersaing dalam memenuhi kehendak pasaran nasional dan global.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penggunaan Bahasa Rojak, Isu dan Cabaran, Kemahiran Komunikasi, Kolej Kediaman, Pendidikan, Education, Institusi Pengajian Tinggi Awam, IPTA, Public Higher Education Institutions Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, Universiti, University, Kuching, Samarahan, Sarawak, Borneo Malaysia
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies (rebranded to FLSCS in 2015)
Depositing User: Meor Osman
Date Deposited: 01 Jul 2015 00:09
Last Modified: 01 Jul 2015 00:09
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8112

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item