Peranan Aktiviti-Aktiviti Kolej Dalam Pembangunan Kepimpinan: Sebuah Kajian Explorasi Pengalaman Pelajar di Kolej Kediaman UNIMAS

Meor Osman, W. S. and Meor Osman, W. R. and Meor Osman, W. A and Meor Osman, W. U. K. (2014) Peranan Aktiviti-Aktiviti Kolej Dalam Pembangunan Kepimpinan: Sebuah Kajian Explorasi Pengalaman Pelajar di Kolej Kediaman UNIMAS. In: Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan 2014. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Peranan Aktiviti-aktiviti Kolej Dalam Pembangunan Kepimpinan.pdf - Published Version

Download (771kB) | Preview

Abstract

Pembangunan kepimpinan dalam kalangan pelajar merupakan salah satu aspek penting dalam kelangsungan tonggak pimpinan negara bangsa. Hal ini seiring dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dirangka dengan visi nasional untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam memacu kecemerlangan dan kelestarian pembangunan modal insan minda kelas pertama khususnya dan pembangunan kepimpinan amnya. Oleh hal yang demikian, kolej-kolej kediaman universiti merupakan salah satu platform dalam mencorak dan membentuk pembangunan kepimpinan serta sahsiah pelajar yang dapat memenuhi keperluan pembangunan modal insan minda kelas pertama. Hal ini dapat dilihat menerusi penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti sama ada bersifat kolegiat atau yang berimpak tinggi seiring dengan gagasan PSPTN yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan yang mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul. Oleh itu, kajian ini memanfaatkan kaedah kualitatif dengan pendekatan fenomenologi bagi mengkaji peranan aktiviti-aktiviti kolej dalam pembangunan kepimpinan berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar. Temu bual dijalankan secara mendalam (in-depth interview) melibatkan empat orang pelajar yang dipilih melalui purposive sampling dan data dianalisis menggunakan thematic analysis. Kaedah kajian ini dilihat berupaya menghasilkan data yang kaya dalam memperjelaskan serta memperhalusi pengalaman pelajar-pelajar dalam pembangunan kepimpinan di kolej kediaman. Kertas kerja ini turut membincangkan implikasi kajian terhadap pelajar-pelajar dan kolej kediaman secara spesifik dan universiti secara umum di samping mengemukakan cadangan-cadangan berkaitan peranan aktiviti-aktiviti kolej dalam pembangunan kepimpinan.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan, Pengalaman Pelajar, Keterlibatan Pelajar, Kolej Kediaman, Pendidikan, Education, Institusi Pengajian Tinggi Awam, IPTA, Public Higher Education Institutions, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, Universiti, University, Kuching, Samarahan, Sarawak, Borneo, Malaysia, postgraduate, undergraduate, research, education
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Meor Osman
Date Deposited: 01 Jul 2015 00:08
Last Modified: 15 Sep 2015 06:26
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8111

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item