Keperluan penguasaan kemahiran pendidikan seni visual sekolah menengah untuk guru-guru seni di Sarawak

Soffie Balqis, Bernard Abdullah (2013) Keperluan penguasaan kemahiran pendidikan seni visual sekolah menengah untuk guru-guru seni di Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img]
Preview
PDF
Keperluan penguasaan kemahiran pendidikan seni visual sekolah menengah untuk guru-guru seni di Sarawak (24pgs).pdf

Download (829kB) | Preview
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Soffie.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan analisis ke atas keperluan penguasaan kemahiran kurikulum pendidikan seni visual sekolah menengah di negeri Sarawak. Fokus kajian ialah ke atas faktorfaktor keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan seni visual. Faktor pertama ialah penyungguhan kendiri responden untuk memperolehi kemahiran, faktor kedua ialah tahap penguasaan kemahiran bidang-bidang dalam pendidikan visual, faktor ketiga ialah tahap pemahaman responden dalam sukatan kurikulum pendidikan seni visual, faktor keempat kemudahan dan prasarana dan ke lima kecenderungan dan kewajaran dalam pengelolaan dan pengurusan tenaga pengajar di peringkat sekolah. Responden kajian terdiri daripada 289 orang guru-guru pendidikan seni visual daripada 55 buah sekolah menengah yang dipilih berdasarkan Prosedur Persampelan Kawasan Pelbagai Lapisan di seluruh bahagian di negeri Sarawak. Datadata dianalisis menggunakan kaedah Statistik Deskriptif, Pekali Kolerasi Pearson dan ujian Post Hoc Anova Sehala. Hasil kajian menunjukkan daripada 289 responden, 105 (36.3%) adalah guru yang mempunyai kelayakan major dalam pendidikan seni, 21 (7.3%) mempunyai kelayakan minor dalam pendidikan seni, manakala 163 (56.4%) adalah guru yang tidak mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran pendidikan seni. Skor min yang diperolehi bagi aspek penyungguhan kendiri menunjukkan keperluan responden untuk meningkatkan penguasaan kemahiran dalam semua bidang adalah tinggi. Skor min bagi tahap penguasaan kemahiran menunjukkan responden mempunyai tahap kemahiran tinggi dalam bidang reka bentuk dan kraf tradisional, manakala dalam bidang lukisan, catan, arca, cetakan, komunikasi visual, multimedia dan apresiasi seni tahap kemahiran responden adalah sederhana sahaja. Tahap persetujuan responden juga tinggi dalam pernyataan bahawa kurikulum pendidikan seni terlalu luas (M=3.70), masa tidak mencukupi untuk menghabiskan semua sukatan (M=3.63), peralatan dan kemudahan tidak mencukupi (M=4.08), dan sukar untuk mengintergrasi aspek teori dan amali (M=4.44). Skor sederhana diperolehi bagi penyataan sukar untuk memahami sukatan kurikulum (M=2.95). Seterusnya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dicadangkan supaya menempatkan guru-guru berkemahiran tinggi untuk mengajar pendidikan seni visual serta memantau kecenderungan pihak sekolah dalam pengurusan dan pengagihan tenaga kerja yang mengajar mata pelajaran pendidikan seni visual.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (M.A.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2013.
Uncontrolled Keywords: Art,Art--Study and teaching,Dissertations, Academic--Malaysia,Unimas, university,universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak,Kuching, Samarahan,ipta,education, postgraduated ,research ,Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 19 May 2015 02:15
Last Modified: 15 Jan 2024 03:29
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/7546

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item