Norhafizah, Singki (2025) Pembangunan dan Pengesahan Ujian Diagnostik Kemahiran Asas Membaca Program Pemulihan Khas Sekolah Rendah. Masters thesis, University Malaysia Sarawak.
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Thesis Master_Norhafizah Singki.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
|
|
PDF
Thesis Master_Norhafizah Singki_24 pages.pdf Download (279kB) |
|
|
PDF
DOW_Norhafizah Singki.pdf Restricted to Repository staff only Download (820kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangun Ujian Diagnostik Kemahiran Asas Membaca Bahasa Melayu Program Pemulihan Sekolah Rendah (UDKAM). Gabungan reka bentuk kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam pelaksanaan kajian. Pendekatan kualitatif digunakan bagi membangunkan UDKAM dan kuantitatif digunakan bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan UDKAM. Kajian ini dijalankan berpandukan lima langkah dalam Model Diagnostik Kognitif Nichols, 1994. Lima langkah tersebut adalah substantif konstruk teori, pemilihan reka bentuk, pentadbiran ujian, skor respons dan semakan reka bentuk ujian. Pembangunan konstruk dan item UDKAM dijalankan secara kualitatif menggunakan pendekatan kajian kepustakaan dengan merujuk sumber yang sahih dan berautoriti daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sampel kajian terdiri daripada lima orang pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemulihan khas, lapan orang guru pemulihan dan 30 orang murid pemulihan dari lapan buah sekolah rendah di Sarawak. Hasil kajian menunjukkan UDKAM mempunyai kesahan kandungan yang tinggi dengan pekali kesahan kandungan 0.96. UDKAM seterusnya ditadbir ke atas 30 orang murid pemulihan dari lapan buah sekolah di Sarawak dalam fasa rintis penggunaan UDKAM. Dapatan kajian rintis seterusnya dianalisis bagi menilai ketekalan dalaman UDKAM. Penilaian ketekalan dalaman UDKAM mendapati bahawa UDKAM mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai KR-20 = 0.98. Kesimpulannya, pembangunan dan validasi UDKAM ini sesuai dengan langkah-langkah Model Diagnostik Nichols 1994, serta memberi implikasi positif dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dalam konteks pendidikan pemulihan sekolah rendah.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
| Depositing User: | NORHAFIZAH BINTI SINGKI |
| Date Deposited: | 03 Feb 2026 04:17 |
| Last Modified: | 03 Feb 2026 04:17 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/51406 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
