PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM PEMETAAN DAN ANALISIS TABURAN DIALEK BAHASA: PENILAIAN SOROTAN LITERATUR

Norita, Jubit and Tarmiji, Masron and Azizul, Ahmad and Jeannet, Stephen and Nor-Ina, Kanyo (2024) PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM PEMETAAN DAN ANALISIS TABURAN DIALEK BAHASA: PENILAIAN SOROTAN LITERATUR. In: Persidangan Pembangunan Orang Asal Borneo (PPOAB) 2024, 23-24 Mei 2024, Perpustakaan UMS.

[img] PDF
PENGGUNAAN SISTEM.PDF

Download (900kB)
Official URL: https://upc.ums.edu.my/event/31/

Abstract

Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam linguistik ialah satu bidang yang menggabungkan analisis ruangan dan data linguistik untuk mengkaji hubungan antara bahasa dan lokasi geografi. Pendekatan ini dapat membantu penyelidik untuk meneroka pengaruh persekitaran fizikal, budaya dan dinamik sosial dalam mempengaruhi taburan bahasa. Justeru, GIS adalah teknologi penting yang dapat menyelesaikan masalah fenomena yang bersifat ruangan. GIS dengan kekuatan rujukan geografinya dapat membantu mengurus jumlah data ruangan yang besar, menjalankan analisis dan menghasilkan paparan kartografi hasil peta. Walaupun GIS telah banyak diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti bidang perubatan, jenayah, populasi, perhutanan, bioteknologi, pengangkutan dan sebagainya namun aplikasi GIS dalam kajian linguistik dan dialek masih terhad dan masih di peringkat awal. Sehingga kini, kajian-tentang aplikasi GIS dalam linguistik di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, masih berkurangan dan memerlukan pengkajian memandangkan Sabah dan Sarawak adalah negeri yang mempunyai penduduk berbilang etnik dengan dialek yang pelbagai. Hasil penelitian kajian-kajian lepas kebanyakan mempunyai kelemahan dalam konteks pemilihan saiz sampel. Kebanyakan jumlah sampel tidak ditentukan berdasarkan populasi penduduk dan tidak menggunakan teknik persampelan berstrata. Selain itu, kajian lepas juga tidak mengkaji hubungan ruangan

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Sistem Maklumat Geografi (GIS), pemetaan, analisis taburan, dialek, sorotan literatur.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Gani
Date Deposited: 12 Jan 2026 01:13
Last Modified: 12 Jan 2026 01:13
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/51217

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item