Azizul, Ahmad and Mohd Zulhafiz, Said and Tarmiji, Masron and Nur Afiqah, Ariffin and Yaniza Shaira, Zakaria and Ardiansyah, Ardiansyah and Lindah Roziani, Jamru and Nor Khairunnisa, Talib and Nur Rafidah Asyikin, Idris and Norliza, Abd. Rahman and Luqman Haqim, Bismelah and Asykal Syakinah, Mohd Ali and Bryan, Anderson Wis and Norizan, Musa (2025) Faktor Kesukaran dalam Proses Memodelkan Sebuah Tapak Arkeologi Menerusi Pendekatan Geospatial = (Difficulty Factor in Modeling an Archaeological Site through a Geospatial Approach). e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 21 (1). pp. 492-501. ISSN 1823-884x
|
PDF
Faktor Kesukaran.pdf Download (467kB) |
Abstract
Selama bertahun-tahun, ahli arkeologi telah bergantung pada peta dan analisis ruangan untuk memahami taburan artifak dan ciri di seluruh tapak arkeologi secara visualisasi. Walau bagaimanapun, pengenalan foto udara, penderiaan jauh digital, sistem maklumat geografi (GIS) dan sistem keletakan global (GPS) telah menyediakan ahli arkeologi dengan alat canggih untuk menganalisis dan menggambarkan taburan dan data arkeologi dengan cara yang inovatif. Oleh yang demikian, analisis geospatial telah mendapat pengiktirafan yang penting sebagai salah satu alat untuk membantu ahli arkeologi. Dengan menyepadukan foto udara, penderiaan jauh, GIS dan GPS ke dalam penyelidikan mereka, ahli arkeologi kini dapat menganalisis kuantiti data yang besar dalam masa yang sama memahami peranan ruangan. Ini telah membolehkan mereka memperoleh pandangan baru tentang taburan dan corak ciri arkeologi tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial. Antara faktor kepelbagaian yang menimbulkan kesukaran dalam proses memodelkan tapak arkeologi adalah tapak arkeologi, persekitaran, tingkah laku atau kelakukan dan faktor teknikal. Dengan kemajuan teknologi, pendekatan geospatial merupakan kaedah terbaik untuk penyelidikan arkeologi manakala ahli arkeologi perlu berhati-hati dan menimbang faedah dan cabaran yang berkaitan dengan analisis geospatial, memastikan kaedah ini digunakan secara berhemah dan beretika.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Archaeology; aerial photography; digital remote sensing; Geographic Information Systems (GIS), and Global Positioning Systems (GPS). |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
| Depositing User: | Gani |
| Date Deposited: | 12 Jan 2026 00:40 |
| Last Modified: | 12 Jan 2026 00:40 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/51211 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
