Shahrul Azman, Bakar and Kamalul Adham, Che Ruzlan and Muhamed Ramdhan, Ab Latiff and Che Ahmad Hafiz, Che Manan and Yang Ping, Lee and Haryati, Abibin and Mohd Razman, Abd Latif and Muhammad Khairul Anuar, Mohd Noor Menilai keberkesanan aktiviti merumpai di kawasan tanam semula sawit dengan menggunakan dron pengimejan. [Non Article]
|
PDF
doc_2025-11-25_22-42-03 (2).pdf Download (637kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan aktiviti merumpai di kawasan tanam semula kelapa sawit menggunakan teknologi pengimejan dron sebagai alternatif kepada kaedah pemantauan konvensional. Kaedah tradisional yang bergantung kepada pemerhatian visual sering terbatas dari segi ketepatan, liputan kawasan, dan masa pemantauan. Melalui penggunaan dron multispektral serta perisian pemprosesan imej seperti Agisoft, ENVI, dan ArcGIS, penilaian keberkesanan racun rumpai dapat dilakukan secara lebih tepat dan menyeluruh. Hasil pemantauan menunjukkan litupan rumpai berkurang daripada 100% kepada 31% dalam tempoh lima minggu selepas semburan, membuktikan keberkesanan kaedah ini dalam menganalisis perubahan vegetasi secara kuantitatif. Pendekatan ini bukan sahaja mempercepatkan proses pemantauan, tetapi juga meningkatkan kecekapan tenaga kerja dan membantu membuat keputusan berdasarkan data empirikal. Secara keseluruhan, teknologi pengimejan dron menawarkan kaedah moden dan efektif dalam pengurusan rumpai di ladang tanam semula kelapa sawit.
| Item Type: | Non Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Aktiviti merumpai, penanaman pokok sawit, pengesyoran racun rumpai, aspek penyelidikan. |
| Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Resource Science and Technology Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Resource Science and Technology |
| Depositing User: | Che Ruzlan |
| Date Deposited: | 26 Nov 2025 01:05 |
| Last Modified: | 08 Dec 2025 01:19 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/50555 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
