Kaedah semburan udara menggunakan dron untuk kawalan rumpai di kawasan tanam semula kelapa sawit

Shahrul Azman, Bakar and Kamalul Adham, Che Ruzlan and Yang Ping, Lee and Haryati, Abibin and Che Ahmad Hafiz, Che Manan and Muhamad Asyraf, Abd Razak and Mohd Najib, Abd Rasid and Muhamed Ramdhan, Ab Latiff and Muhammad Khairul Anuar, Mohd Noor and Amran, Abdullah and Mukhlis Hidayat Ali, Hanaphiah Kaedah semburan udara menggunakan dron untuk kawalan rumpai di kawasan tanam semula kelapa sawit. [Non Article]

[img] PDF
doc_2025-11-25_22-42-03.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan penggunaan teknologi dron sebagai kaedah alternatif dalam kawalan rumpai di kawasan tanam semula kelapa sawit. Kaedah konvensional seperti penyemburan manual menggunakan penyembur bergalas memerlukan tenaga buruh yang tinggi dan mengambil masa yang lama. Penggunaan dron menawarkan penyelesaian yang lebih efisien dengan produktiviti yang meningkat sehingga sepuluh kali ganda, serta kos operasi yang lebih rendah setelah mencapai skala penggunaan tertentu. Kajian kes yang dijalankan di Ladang Mengkarak 2 menunjukkan bahawa semburan udara menggunakan dron berupaya mengurangkan litupan rumpai secara signifikan dalam tempoh sebulan, seperti yang dibuktikan melalui imej multispektral. Selain meningkatkan keberkesanan kawalan rumpai, kaedah ini juga mengurangkan risiko pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya dan menyumbang kepada pertanian yang lebih selamat serta berteknologi tinggi. Secara keseluruhan, semburan udara menggunakan dron merupakan pendekatan moden yang berpotensi besar dalam meningkatkan produktiviti dan kelestarian pengurusan ladang sawit.

Item Type: Non Article
Uncontrolled Keywords: kawalan rumpai, kelapa sawit, kaedah mekanisasi, kimia, biologi dan kultural.
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Resource Science and Technology
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Resource Science and Technology
Depositing User: Che Ruzlan
Date Deposited: 26 Nov 2025 01:02
Last Modified: 08 Dec 2025 01:19
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/50554

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item