Zul-Fitri Zayani, Johar (2024) Nilai Berita dalam Pelaporan Berita Sukan Akhbar Tempatan “Suara Sarawak”. [Final Year Project Report / IMRAD] (Unpublished)
|
PDF
DSVA Zul-Fitri Zayani Bin Johari.pdf Restricted to Repository staff only Download (316kB) |
|
|
PDF
Zul-Fitri Zayani Bin Johari(Abstract).pdf Download (147kB) |
|
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Zul-Fitri Zayani Bin Johari.pdf Restricted to Registered users only Download (820kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis nilai berita yang digunakan dalam pelaporan berita sukan oleh akhbar tempatan “Suara Sarawak” dengan menggunakan pendekatan Discursive News Values Analysis (DNVA) yang diperkenalkan oleh Bednarek dan Caple (2017). Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk deskriptif kualitatif terhadap 30 artikel berita sukan yang dipilih secara bertujuan. Analisis dijalankan bagi mengenal pasti jenis nilai berita yang dominan serta strategi linguistik dan diskursif yang digunakan dalam pembinaan nilai tersebut. Dapatan kajian menunjukkan lima nilai berita utama dikenal pasti, iaitu Proksimiti, Keelitan, Positif, Negatif, dan Impak, dengan Proksimiti merupakan nilai paling dominan, diikuti oleh Keelitan dan Positif. Nilai-nilai ini dibentuk melalui penggunaan bahasa yang menekankan kedekatan geografi, penonjolan tokoh elit, serta pencapaian dan semangat kesukanan. Kajian ini menunjukkan bahawa pemberitaan sukan di “Suara Sarawak” lebih berorientasikan komuniti tempatan dan cenderung menampilkan naratif yang menyokong dan membina. Implikasi kajian mencadangkan bahawa media tempatan memainkan peranan penting dalam membentuk identiti komuniti dan menyemai semangat kesukanan melalui strategi pemberitaan yang berpaksikan nilai berita tertentu. Kajian ini turut mencadangkan agar penyelidikan masa hadapan melibatkan pelbagai jenis media, pendekatan metodologi campuran, serta pertimbangan terhadap perspektif khalayak bagi memperkukuh pemahaman terhadap dinamik nilai berita dalam konteks tempatan.
| Item Type: | Final Year Project Report / IMRAD |
|---|---|
| Additional Information: | Project report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2024. |
| Uncontrolled Keywords: | Suara Sarawak, Local Newspaper Sports News |
| Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
| Depositing User: | Patrick |
| Date Deposited: | 06 Nov 2025 08:30 |
| Last Modified: | 17 Dec 2025 02:05 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/50225 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
