Persepsi masyarakat terhadap surat berita pedoman rakyat: satu kajian kes di daerah samarahan

Lim, Ban Aik (2002) Persepsi masyarakat terhadap surat berita pedoman rakyat: satu kajian kes di daerah samarahan. [Final Year Project Report / IMRAD] (Unpublished)

[img] PDF
Lim Ban Aik FT.pdf

Download (2MB)

Abstract

Objektif kajian ini adalah mengkaji persepsi masyarakat terhadap surat berita Pedoman Rakyat yang memainkan peranan sebagai alat untuk menerangkan dan mempengaruhi pemikiran pembaca dalam mengubah sikap mereka ke arah peningkatkan taraf kehidupan. Lokasi kajian yang dipilih adalah daerah Samarahan. Seramai 100 penduduk dari Samarahan telah dipilih untuk menjadi responden untuk menjawab soalan soal selidik. Data-data yang dikumpul dari pada borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan Statiscal Packages For Social Sciences 10 For Window. (SPSS). Dalam kajian ini, ujian -t, dan ANOVA Sehala digunakan untuk melihat perbezaan di antara ciri-ciri demorgrafi responden (iantina dan taraf akademik) dengan persepsi masyarakat terhadap surat berita Pedoman Rakyat Manakala Analisis Regrasi Linear pula digunakan untuk mengesan faktor paling dominan dalam mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap penerimaan Pedoman Rakyat. Hasil pengujian hipotesis mendapati bahawa hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina dengan persepsi masyarakat terhadap.Pedoman Rakyat telah diterima (P=O.052). manakala, hipotesis yang menganggap tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara taraf pendidikan dengan persepsi masyarakat terhadap Pedoman Rakyat (P=O.OO) dan hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat faktor dominan dalam mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap Pedoman Rakyat (P=O.OO) telah ditolak Berdasarkan kajian ini. faktor pendidikan membezakan persepsi individu dan faktor tarikan Pedoman Rakyat merupakan faktor utama dalam mempengaruhi persepsi seseorang terhadap Pedoman Rakyat.

Item Type: Final Year Project Report / IMRAD
Additional Information: Project report (B.sc.) -- Universiti malaysia sarawak,2002
Uncontrolled Keywords: surat berita pedoman rakyat daerah samarahan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Sabang
Date Deposited: 06 Nov 2025 03:35
Last Modified: 06 Nov 2025 03:35
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/50206

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item