Kemampanan Pendidikan Malaysia semasa Era Pasca-Normal : Analisis Faktor, Kesan dan Tindakan dalam Isu-isu Pendidikan di Parlimen

Muhammad Qhidir, Mat Isa and Zuraini, Seruji (2025) Kemampanan Pendidikan Malaysia semasa Era Pasca-Normal : Analisis Faktor, Kesan dan Tindakan dalam Isu-isu Pendidikan di Parlimen. Journal of the Malaysian Parliament, 5. pp. 100-130. ISSN 2773-4900

[img] PDF
Kemampanan Pendidikan.pdf

Download (429kB)
Official URL: https://journalmp.parlimen.gov.my/jurnal/index.php...

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis secara tematik isu-isu pendidikan dalam usaha Malaysia memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti sepanjang era Pascanormal dalam konteks pendidikan. Kajian deskriptif kualitatif ini menggunakan instrumen Analisis Tematik Braun dan Clarke (2006) ke atas data teks 50 naskhah Penyata Rasmi Kamar Khas. Dapatan menunjukkan bahawa sebahagian besar isu pendidikan di Kamar Khas Parlimen adalah berkait dengan isu infrastruktur, diikuti oleh isu ketersediaan dasar dan keberkesanan program, isu bantuan kewangan kepada institusi pendidikan, serta dasar-dasar lain dalam pelbagai isu. Isu infrastruktur terbahagi kepada dua iaitu permintaan dan keperluan. Implikasi paling ketara mencirikan masalah kepadatan ialah bilangan kelas melebihi kapasiti bangunan sekolah, pengoperasian dua sesi, dan bilangan murid dalam kelas melebihi unjuran. Kerajaan didapati bersifat proaktif menerusi dua garis panduan untuk memenuhi permintaan dan keperluan berkait isu kesesakan. Tema isu pendidikan kedua paling ketara di Parlimen terkait ketersediaan dasar dan keberkesanan program-program pendidikan khusus bagi segmen kelompok marginal iaitu Orang Asli, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU), pelarian dan warga tanpa dokumen dengan kebanyakan usul berkait isu ini menyuarakan pelbagai halangan yang dihadapi untuk mencapai akses pendidikan berkualiti. Dampak utama isu ini menyebabkan keterpinggiran kehadiran pelajar ke sekolah mahupun mendapat pekerjaan. Kerajaan didapati mempunyai ketersediaan serta kejelasan dari segi dasar dan program bagi mengatasi isu-isu kelompok ini. Walau bagaimanapun, dasar Malaysia tentang pelarian didapati masih menjadi halangan utama dalam memberikan akses pendidikan kepada kelompok ini. Bilangan usul paling rendah adalah bertemakan sistem pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa – berkemungkinan mengindikasikan keperluan segera dan mendesak bagi menangani isuisu lokal.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Parlimen Malaysia, isu pendidikan Pascanormal, kemampanan, inklusif, kesaksamaan, SDG, Orang Asli, pendidikan khas, warga tanpa dokumen.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Gani
Date Deposited: 06 Nov 2025 02:30
Last Modified: 06 Nov 2025 02:30
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/50202

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item