Kajian Kes Amalan Penerapan Strategi Metakognitif dalam Pengajaran Guru di Sekolah Pencapaian Tinggi dalam Mata Pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam di Sarawak

NUR IZZATUL SYAHIRAH TAN, ABDULLAH (2025) Kajian Kes Amalan Penerapan Strategi Metakognitif dalam Pengajaran Guru di Sekolah Pencapaian Tinggi dalam Mata Pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam di Sarawak. PhD thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF
dsva_NUR IZZATUL SYAHIRAH TAN.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (328kB) | Request a copy
[img] PDF
Thesis PhD_NUR IZZATUL SYAHIRAH TAN_24 pages.pdf

Download (346kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3973 / 3942 / 3933)
Thesis PhD_NUR IZZATUL SYAHIRAH TAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Strategi metakognitif merupakan salah satu strategi pengajaran penting yang perlu dikuasai oleh guru khususnya guru Ekonomi yang sering mengalami kesukaran untuk meningkatkan tahap pemahaman konsep dan teori Ekonomi yang bersifat abstrak dalam kalangan pelajar. Banyak kajian di dalam dan luar negara mendapati bahawa tahap penguasaan kandungan pelajaran dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah. Beberapa hasil kajian serta hujah saintifik pula mencadangkan bahawa terdapat perkaitan antara penguasaan kandungan pelajaran dengan proses metakognitif. Guru pula memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi proses metakognitif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka kefahaman guru Ekonomi Tingkatan Enam terhadap konsep strategi metakognitif dalam pengajaran Ekonomi serta kepentingannya. Selain itu, kajian ini juga melihat amalan penerapan strategi metakognitif dalam konteks pengajaran di bilik darjah. Akhir sekali, cabaran dalam melaksanakan amalan penerapan ini juga diteliti secara mendalam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur. Data dianalisis menggunakan NVivo 12 Plus. Seramai 12 orang guru Ekonomi Tingkatan Enam yang berkhidmat di sekolah pencapaian tinggi dalam mata Pelajaran Ekonomi di Sarawak dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan secara network sampling. Kajian mendapati guru Ekonomi mempunyai kefahaman yang kabur terhadap konsep strategi metakognitif tetapi mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap kepentingan penerapan strategi metakognitif dalam pengajaran Ekonomi. Guru Ekonomi didapati melaksanakan penerapan strategi metakognitif melalui perancangan pengajaran, set induksi, pemantauan pengajaran dan penilaian pengajaran. Kajian turut mendapati guru Ekonomi menghadapi cabaran seperti kekangan masa, pengetahuan guru v tentang strategi metakognitif, penyediaan bahan pengajaran dan kesediaan pelajar untuk melaksanakan penerapan secara maksima dan berterusan dalam pengajaran. Kajian ini menghasilkan cadangan kerangka model pengajaran berasaskan strategi metakognitif yang bersifat praktikal dan memenuhi keperluan semasa, di samping turut memberikan implikasi terhadap teori, bidang keilmuan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kata kunci: Strategi metakognitif, pengajaran, Ekonomi Tingkatan Enam

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: NUR IZZATUL SYAHIRAH TAN BINTI ABDULLAH
Date Deposited: 24 Oct 2025 01:11
Last Modified: 24 Oct 2025 01:11
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/50021

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item