ROSNANI, SAINI (2025) Penerokaan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikasi melalui Pengintegrasian PTPK-UDL untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kurang Upaya Intelektual di Program Pendidikan Khas Integrasi. PhD thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.
|
PDF
dsva_ROSNANI SAINI.pdf Restricted to Repository staff only Download (971kB) |
|
|
PDF
Thesis PhD_ROSNANI SAINI24 pages.pdf Download (482kB) |
|
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3973 / 3942 / 3933)
Thesis PhD_ROSNANI SAINI.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka pengintegrasian Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK) serta Reka Bentuk Pembelajaran Sejagat (UDL) dalam pengajaran Bahasa Melayu Komunikasi (BMK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kurang Upaya Intelektual (MBPK KUI) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pengajaran BMK untuk MBPK KUI di PPKI memerlukan pendekatan yang khusus melalui penguasaan pelbagai pengetahuan dan kemahiran guru. Namun, sejauh mana pengetahuan teknologi, pedagogi, kandungan dan prinsip UDL dalam kalangan guru PPKI masih perlu diterokai untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Pengintegrasian kesemua elemen ini dalam pengajaran BMK untuk MBPK KUI juga masih kurang diberi perhatian dalam kajian sedia ada, terutamanya di PPKI. Kajian kualitatif ini melibatkan empat orang guru PPKI yang mengajar BMK di dua buah sekolah berlainan. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam kelas, dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan seimbang antara teknologi rendah dan tinggi dalam pengajaran BMK dengan pengintegrasian prinsip UDL yang menyokong kepelbagaian cara pembelajaran. Strategi pedagogi yang pelbagai dan fleksibel digunakan untuk memenuhi keperluan pembelajaran MBPK KUI yang berbeza, manakala kandungan BMK disesuaikan mengikut tahap keupayaan murid melalui penggunaan situasi autentik. Amalan terbaik yang dikenal pasti termasuk program mentor BMK, simulasi situasi harian, penghasilan bahan pembelajaran digital, dan carta pemantauan visual. Dapatan kajian mendapati, Model PTPK-UDL Benton-Borghi telah diadaptasi untuk menghasilkan satu kerangka pengajaran BMK yang komprehensif dan sesuai dengan konteks di PPKI. Model yang diadaptasi ini menggabungkan elemen PTPK dan prinsip UDL dengan berkesan dan disokong oleh teori-teori pembelajaran yang relevan bagi menyediakan satu kerangka pengajaran yang mengambil kira keperluan khusus dan realiti pelaksanaan pengajaran BMK untuk MBPK KUI di PPKI.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
| Depositing User: | ROSNANI BINTI SAINI |
| Date Deposited: | 20 Oct 2025 02:24 |
| Last Modified: | 08 Dec 2025 03:51 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49931 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
