Intervensi Teknologi Digital dan Integrasi Sokongan Sosial Terhadap Kesejahteraan Psikososial Remaja

Muhammad Syafiq Amin, Abdul Hamid (2025) Intervensi Teknologi Digital dan Integrasi Sokongan Sosial Terhadap Kesejahteraan Psikososial Remaja. Masters thesis, UNIVERSITY MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF
dsva_muhammad syafiq.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (231kB) | Request a copy
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3973 / 3942 / 3933)
Thesis Master_Muhammad Syafiq Amin.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy
[img] PDF
Thesis Master_Muhammad Syafiq Amin_24 pages.pdf

Download (465kB)

Abstract

Kajian ini menumpukan kepada intervensi teknologi digital dalam Pembangunan psikososial remaja dengan pendekatan sokongan sosial yang sesuai dalam era digitalisasi. Berdasarkan teori Erik Erikson, kajian ini menilai pembangunan psikososial remaja di sekolah menengah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji isu permasalahan sosial berdasarkan perkembangan psikososial remaja di sekolah, menganalisis kesesuaian bentuk sokongan sosial terhadap perkembangan remaja dan menganalisis hubungan kebolehupayaan teknologi digital sebagai intervensi sokongan sosial remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah konvergen dengan menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Komponen kualitatif melibatkan temu bual separa berstruktur dengan lapan (8) orang responden yang dipilih melalui pensampelan bertujuan yang terdiri daripada guru disiplin dan kaunselor sekolah. Komponen kuantitatif melibatkan tinjauan ke atas 120 pelajar terpilih dengan persetujuan pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kaedah tematik dan perisian Atlas.ti digunakan untuk menganalisis dapatan kualitatif, manakala analisis deskriptif dan inferensi dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai isu permasalahan sosial yang dalam kalangan pelajar sekolah, dan pihak guru berusaha dalam menyediakan intervensi bagi memberikan sokongan sosial dalam membentuk sahsiah pelajar. Integrasi data kualitatif dan kuantitatif melalui pendekatan konvergen mengukuhkan justifikasi kajian ini. Hasil silang data menunjukkan bahawa teknologi digital berpotensi digunakan sebagai medium sokongan sosial, dengan ujian ketepatan fisher menunjukkan nilai signifikan 0.039 bagi sokongan emosi dan 0.001 bagi sokongan berbentuk perbualan, keselesaan fizikal seperti pelukan, serta intervensi teknologi digital. Kajian ini turut menekankan kesesuaian penggunaan intervensi teknologi digital serta integrasi sokongan sosial yang boleh diaplikasikan oleh guru di sekolah. Oleh itu, kajian susulan dicadangkan dengan pemilihan sampel yang lebih spesifik di kawasan yang berpotensi di Malaysia. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada korpus ilmu mengenai peranan teknologi digital dalam pembangunan psikososial remaja sekolah serta memberikan panduan kepada pendidik dan pembuat dasar dalam memperkasakan sistem sokongan sosial di sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: MUHAMMAD SYAFIQ AMIN BIN ABDUL HAMID
Date Deposited: 26 Sep 2025 03:53
Last Modified: 26 Sep 2025 03:53
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/49636

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item