Rosnah, Mustafa and Hamidah, Abdul Wahab and Siti Marina, Kamil (2025) Hikayat Panglima Nikosa : Analisis Pemikiran Pengarang Berlandaskan Teori SPB4K. JURNAL ANTARABANGSA PENGAJIAN KEPULAUAN MELAYU, 5 (1). pp. 1-20. ISSN 2811-390X
|
PDF
Hikayat Panglima Nikosa.pdf Download (396kB) |
Abstract
Hikayat Panglima Nikosa (HPN) dalam perbincangan semasa banyak menjurus kepada kepentingan penyerlahannya sebagai dokumen karya sastera terawal, berusia lebih 145 tahun yang sangat berharga diterbitkan di Kuching, Sarawak. Kupasan dari pelbagai sudut telah dibuat oleh ramai tokoh penting, melibatkan sasterawan, sejarawan, ahli akademik, tidak ketinggalan ahli bahasa dan budaya, dalam dan luar negara. Dari sudut penelitian bahasa, makalah ini mencuba untuk merungkai pemikiran yang mendasari kepengarangan penulis HPN, iaitu Ahmad Shawal Abdul Hamid. Kaedah analisis kandungan diaplikasikan dengan fokus kepada teks manuskrip ini, seterusnya data dihurai berlandaskan teori pemikiran yang melibatkan unsur kerohanian, kesaintifikan, kebitaraan, dan kekreatifan, iaitu teori SPB4K yang dipelopori oleh Mohd. Yusuf Hasan (2007). Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat elemen pemikiran yang ditonjolkan menerusi teori yang diaplikasi sememangnya wujud dan mendasari HPN, dan secara langsung menunjukkan pemikiran pengarang yang cendekia dan peka dalam melontarkan isu-isu berkaitan panduan hidup, situasi sosial, ekonomi dan kepentingan berfikir dan berusaha dengan perancangan yang rapi, sesuai dengan zamannya. Penelitian ini memberi implikasi penting dalam kupasan manuskrip ulung di tanah Sarawak, dan pada masa sama menunjukkan signifikan dari sudut teori, lantaran kupasan data yang sistematik dan terfokus dalam konteks pemikiran pengarangnya. Kata Kunci: Hikayat Panglima Nikosa; kerohanian; kesaintifikan; kebitaraan; kekreatifan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Hikayat Panglima Nikosa; kerohanian; kesaintifikan; kebitaraan; kekreatifan. |
| Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
| Depositing User: | Mustafa |
| Date Deposited: | 22 Sep 2025 00:31 |
| Last Modified: | 22 Sep 2025 00:31 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49523 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
