SALLEH, SULAIMAN (2002) STRATIFIKASI SOSIOEKONOMI MASYARAKAT MELAYU DALAM SEKTOR PERIKANAN:SATU KAJIAN KES DI KABONG,SRI AMAN. [Final Year Project Report / IMRAD] (Unpublished)
|
PDF
salleh sulaiman FT.pdf Download (5MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti stratifikasi sosioekonomi dalam masyarakat nelayan Melayu. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan di Kampung Kabong, Daerah Sri Aman, Sarawak. Daripada 243 populasi nelayan dan peraih, sebanyak 40 orang telah dipilih sebagai responden kajian iaitu masing-masing 29 orang nelayan dan 11 orang paraih. Data dianalisa dengan menggunakan kaedah statistik diskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara modal dengan pemilikan teknologi. Ini bermakna, perkembangan teknologi dalam industri perikanan hanya mampu dinikmati o]eh segelintir golongan yang mempunyai modal sahaja. Dengan adanya modal yang besar, nelayan mahupun peraih mampu memiliki teknologi seperti enjin dan peralatan moden. Malah, kajian juga turut mendapati bahawa modal dan teknologi mempunyai hubungan dengan pendapatan. Keadaan ini menjadikan golongan yang mempunyai modal dan teknologi mampu maningkatkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup mereka. Manakala, golongan yang miskin dan mengalami masalah kekurangan modal, tidak mampu memiliki teknologi dan sukar untuk meningkatkan taraf hidup mereka. lni jelas menunjukkan bahawa telah berlaku penguasaan terhadap modal dalarn ekonomi nelayan. Berdasarkan kepada perbezaan pendapatan dan taraf hidup di kalangan mereka, kajian telah mengenal pasti bahawa terdapat tiga kelas yang utama dalam masyarakat nelayan Melayu iaitu terdiri daripada golongan kaya, golongan sederhana, dan golongan miskin. Perbezaan ini telah membawa masyarakat kepada keadaan yang tidak sarna atau tidak setaraf daTi segi gaya hidup, peluang hidup, penilaian sosial, dan kepuasan jiwa.
| Item Type: | Final Year Project Report / IMRAD |
|---|---|
| Additional Information: | Project report (B.sc.) -- Universiti malaysia sarawak,2002 |
| Uncontrolled Keywords: | SOSIOEKONOMI MASYARAKAT MELAYU DALAM SEKTOR PERIKANAN |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
| Depositing User: | Sabang |
| Date Deposited: | 09 Sep 2025 06:44 |
| Last Modified: | 09 Sep 2025 06:44 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49422 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
