FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN KERJA DI KALANGAN STAF SOKONGAN DI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK (JPNS), KUCHING

Kiu, Kai Ling (2005) FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN KERJA DI KALANGAN STAF SOKONGAN DI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK (JPNS), KUCHING. [Final Year Project Report / IMRAD] (Unpublished)

[img] PDF
Kiu Kai Ling FT.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan staf sokongan di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS). Objektif kajian ini adalah menentukan sama ada faktor-faktor seperti demografi, sokongan rakan sekerja, kepimpinan, beban tugas, kebosanan kerja, perubahan dalam kehidupan, konflik emosi, dan pengalaman baru yang mempengaruhi tekanan kerja dalam organisasi. Data yang dikumpul telah dianalisa dengan menggunakan program "Statistical Package for Social Science-Version 11.5" (SPSS) di mana ujian-t, ANOV A, korelasi Pearson, dan analisis regresi berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan daripada hipotesis menunjukkan bahawa tekanan staf sokongan dipengaruhi oleh faktor sokongan rakan sekerja (r =0.464, P= 0.000, sig<O.O), faktor kepimpinan (r = 0.559, P 0.000, sig < 0.01), beban tugas (r =0.411, P= 0.000, sig< 0.01), perubahan dalam kehidupan (r = 0.124, P = 0.002, sig<- 0.01), konflik emosi (r = 0.300, P = 0.008, sig< 0.01), pengalaman baru (r =0.263, P =0.021, sig< 0.05). Manakala faktor lain seperti demografi iaitu jantina, umur, status perkahwinan, dan kumpulan etnik serta faktor kebosanan kerja adalah tidak mempengaruhi tekanan di tempat kerja. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa 76.6 peratus daripada responden berada di tahap tekanan yang tinggi, 16.9 peratus berada di tahap sederhana, dan 6.5 ~ratus berada di tahap tekanan yang rendah. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran bagaimana langkah-Iangkah dapat diambil untuk mengatasi atau mengurangkan masalah tekanan di tempat kerja.

Item Type: Final Year Project Report / IMRAD
Additional Information: Project report (B.sc.) -- Universiti malaysia sarawak,2005
Uncontrolled Keywords: TEKANAN KERJA STAF SOKONGAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Sabang
Date Deposited: 09 Sep 2025 01:57
Last Modified: 09 Sep 2025 01:57
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/49400

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item