Auni Munirah, Ahmad and Athirah, Azhar (2025) Pandangan Pelajar Universiti Berkaitan Masalah Pengangguran Siswazah. Trends in Undergraduate Research, 8 (1). h1-12. ISSN 2637-093X
|
PDF
Pandangan Pelajar Universiti.pdf Download (212kB) |
Abstract
Fenomena pengangguran telah menjadi suatu isu yang sering dibangkitkan di Malaysia. Malah sehingga kini isu ini masih belum menemukan langkah yang berkesan dalam menanganinya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor pengangguran siswazah, kesan-kesan dan langkah-langkah yang diambil dalam mengatasi permasalahan ini. Dalam kajian kualitatif ini, seramai 10 orang informan kajian telah ditemu bual telah dipilih secara rawak dari pelbagai universiti. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik dan dapatan dijelaskan mengikut tema yang telah diklasifikasikan. Dapatan kajian mendapati empat faktor yang menyumbang kepada isu pengangguran siswazah iaitu kemahiran yang tidak memenuhi keperluan industri, pekerjaan terhad, lambakan graduan, dan kurang kesedaran dan persediaan oleh graduan. Hal ini memberi kesan kepada peningkatan masalah kesihatan mental dan masalah sosial, serta mengurangkan jumlah belia ke institut pengajian tinggi. Oleh itu, siswazah mencadangkan supaya memperbanyakkan program latihan yang mendedahkan mereka dengan alam pekerjaan, menggalakkan pelajar dalam bidang keusahawanan dan mengehadkan kemasukan pelajar untuk program pengajian tertentu. Kesimpulannya, isu ini adalah satu cabaran yang paling signifikan kerana mencerminkan hubungan yang kompleks antara sistem pendidikan, pasaran pekerjaan, dan pertumbuhan ekonomi yang memerlukan perhatian berterusan dari semua pihak bagi memastikan golongan graduan dapat menyumbang secara efektif kepada pembangunan negara
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Persepsi, Pelajar universiti, Pengangguran siswazah, Institusi Pengajian Tinggi. |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HM Sociology H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
| Depositing User: | Gani |
| Date Deposited: | 20 Aug 2025 07:24 |
| Last Modified: | 20 Aug 2025 07:24 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49218 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
