Kecerdasan Emosi vs. Kecerdasan Buatan : Mengupas Konsep ‘Qalb Intellegence’ Berasaskan Pemikiran Al-Ghazali dari Perspektif Pengurusan Kontemporari

Hamrila, Abdul Latif (2025) Kecerdasan Emosi vs. Kecerdasan Buatan : Mengupas Konsep ‘Qalb Intellegence’ Berasaskan Pemikiran Al-Ghazali dari Perspektif Pengurusan Kontemporari. In: Kolokium Tokoh-Tokoh Ketamadunan Islam 2.0, 9th August 2025, Kota Bharu, Kelantan.

[img] PDF
KECERDASAN EMOSI VS. KECERDASAN BUATAN.pdf

Download (13MB)

Abstract

Pemikiran Imam Al-Ghazali telah menjadi antara warisan keilmuan Islam yang paling berpengaruh dalam pelbagai bidang termasuk teologi, falsafah, tasawuf, dan etika. Namun, nilai dan konsep pemikirannya juga membawa implikasi yang mendalam dalam bidang pengurusan moden, khususnya dari aspek kepimpinan beretika, kecerdasan hati (Qalb Intelligence), pengurusan diri, serta prinsip waspada dalam membuat keputusan. Artikel ini meneliti bagaimana pemikiran berasaskan kecerdasan hati (qalb) yang ditekankan oleh Al- Ghazali dapat dijadikan kerangka rujukan dalam menangani isu-isu kontemporari dalam pengurusan dan tingkahlaku organisasi, terutama dalam era pasca-milenium yang sarat dengan tekanan psikososial, keruntuhan etika korporat, dan krisis identiti kepimpinan. Penelitian ini menggabungkan pendekatan analitik dan interpretatif terhadap karya-karya utama Al-Ghazali dan menghubungkan qalb intelligence (QI) dengan konsep-konsep pengurusan moden dengan menyoroti manipulasi pertembungan antara kecerdasan emosi (EI) dan kecerdasan buatan (AI) dalam konteks pengurusan kontemporari, Dapatan ini menyimpulkan bahawa dalam meneliti pertembungan antara kecerdasan emosi (EI) dan kecerdasan buatan (AI) dalam konteks pengurusan kontemporari, jelas bahawa emosi manusia semata-mata boleh dimanipulasi oleh sistem yang direka untuk membaca dan memanipulasi respons psikologi. Qalb intelligence berperanan sebagai kompas etika yang memastikan kecerdasan emosi (yang boleh dimanipulasi untuk kepentingan peribadi) dan kecerdasan buatan (yang bersifat tanpa jiwa) tetap bergerak dalam jalur kebenaran dan nilai kemanusiaan. Ia membantu pemimpin membuat keputusan bukan sekadar berdasarkan perasaan (EI) atau data (AI), tetapi atas pertimbangan nilai dan kesedaran spiritual. Ini menjadikan kepimpinan lebih berakhlak, telus dan seimbang, bukan sekadar mengejar prestasi atau automasi.

Item Type: Proceeding (Speech)
Uncontrolled Keywords: Pemikiran al-Ghazali, Kecerdasan Hati, Kecerdasan Emosi, Kecerdasan Buatan, Tingkahlaku Organisasi, Pengurusan Kontemporari.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 18 Aug 2025 06:16
Last Modified: 18 Aug 2025 06:16
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/49199

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item