KAJIAN PENANAMAN PADI TRADISIONAL SARAWAK

Hollena, Nori and Franalyne Lyenang, Luing and Putri Ainaa Afiqah, Hossen and Elfera Rozanna Resmah, Khoo and Huey Ying, Chih (2025) KAJIAN PENANAMAN PADI TRADISIONAL SARAWAK. In: Persidangan Padi Kebangsaan 2025, 12-14 Ogos 2025, Raia Hotel, Kuching, Sarawak.

[img] PDF
Nori et al 2025.pdf

Download (1MB)

Abstract

Beberapa siri eksperimen telah dijalankan di dalam inkubator dan kebuk persekitaran terkawal untuk mengukur kadar percambahan biji benih dan mengkaji respon tanaman terhadap jangka masa siang (fotoperiod) bagi varieti padi tradisional. Hasil kajian mendapati varieti padi Bario Sederhana dan Biris mempunyai suhu asas 10 °C, suhu optimum 32–33 °C, dan suhu maksimum 43 °C untuk percambahan biji benih. Pada julat suhu sub-optimum (10 - 33 °C), masa terma untuk percambahan ialah 62 °Cd bagi varieti Bario Sederhana dan 53 °Cd bagi Biris. Padi tradisional Sarawak menunjukkan sensitiviti yang tinggi terhadap fotoperiod, dengan fasa fenologi tanaman yang lebih panjang apabila fotoperiod dilanjutkan dari 10 ke 12 jam. Walau bagaimanapun, kelewatan dalam perkembangan fenologi ini meningkatkan hasil padi walaupun memerlukan tempoh matang tanaman yang lebih lama. Fotoperiod asas, optimum dan maksimum untuk pembungaan masing-masing dianggarkan pada 7.4 jam, 10 jam, dan 14.8 jam. Sensitiviti terhadap fotoperiod bermula apabila anak pokok mula menghasilkan 3 - 4 helai daun. Dalam beberapa siri eksperimen yang dijalankan di dalam bekas tanaman dan lapangan, masa untuk berbunga menjadi lebih singkat apabila penanaman dilakukan pada bulan yang lebih lewat, sekali gus mengesahkan rangsangan fotoperiod tanaman tersebut. Dalam satu kajian lapangan berasingan, kecekapan penggunaan cahaya telah diukur bagi varieti Bario Sederhana (3.59 g DM/MJ PAR), Biris (2.86 g DM/MJ PAR), Bajong (3.44 g DM/MJ PAR), Mamut (2.35 g DM/MJ PAR) dan Bubuk (2.17 g DM/MJ PAR). Hasil kajian ini mencadangkan agar padi tradisional ditanam pada penjarakkan yang lebih rapat bagi meningkatkan kepadatan pokok dan memaksimumkan pemintasan cahaya bagi varieti padi yang mempunyai bilangan anak daun yang rendah. Kata kunci: Fenologi, jangka masa siang, model tanaman, sinaran aktif fotosintetik, suhu terkumpul

Item Type: Proceeding (Speech)
Uncontrolled Keywords: Fenologi, jangka masa siang, model tanaman, sinaran aktif fotosintetik, suhu terkumpul.
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Resource Science and Technology
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Resource Science and Technology
Depositing User: Nori
Date Deposited: 18 Aug 2025 00:42
Last Modified: 18 Aug 2025 00:42
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/49188

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item