Hamidah, Abdul Wahab and Su Hie, Ting and Rosnah, Mustafa and Siti Marina, Kamil and Remmy, Gedat and Santrol, Abdullah (2025) Nilai Rasa dalam Lagu-lagu Melayu Sarawak : Perspektif Rasa-Fenomenologi. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, 7 (5). pp. 103-113. ISSN 2682-8502
|
PDF
Nilai Rasa.pdf Download (232kB) |
Abstract
Lagu merupakan antara medium utama dalam pelahiran ekspresi serta luahan rasa hati, emosi dan perasaan penggubah dan penulis lirik, yang asasnya berkait dengan pengalaman, pemerhatian, persepsi dan cara pandang mereka berdasarkan alamnya. Dalam nada kreatif, melodi dan lirik yang tersusun indah mampu memberi kesan mendalam dalam kalangan pendengar, bergantung kepada genre dan kumpulan sasaran pendengar lagu tersebut. Masyarakat Melayu Sarawak tidak terkecuali dalam memiliki lagu-lagu gubahan pencipta tempatan, yang sarat dengan nilai rasa dan estetiknya. Menerusi kajian ini, lagu-lagu Melayu Sarawak dianalisis dari sudut nilai rasa berdasarkan lirik lagu, yakni melibatkan diksi dan ungkapan. Kajian kualitatif ini memanfaatkan 15 buah lagu Melayu Sarawak, iaitu lagu lama dan baharu yang diperoleh menerusi Youtube. Menerusi kaedah analisis teks, data lagu-lagu Melayu Sarawak ini seterusnya dianalisis berdasarkan teori rasa-fenomenologi yang diketengahkan oleh Sohaimi Abdul Aziz (1998). Hasil kajian menemukan tujuh nilai rasa dalam data lagu seperti curahan rasa berahi dan cinta, duka, benci, kagum, berang, dahsyat, dan wira. Dapatan ini secara langsung dapat menjelaskan sedikit sebanyak elemen nilai rasa yang mendasari lagu-lagu masyarakat Melayu Sarawak, khususnya menerusi penggunaan dialek tempatan. Kajian ini juga berupaya mendokumentasikan aspek bahasa dan makna masyarakat Melayu Sarawak dengan sistematik menerusi penerapan teori dan pada masa sama dapat mendedahkan kesusasteraan oral masyarakat yang kaya dengan nilai estetik dan budayanya tersendiri.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Nilai Rasa, Rasa-Fenomenologi, Emosi, Lagu Melayu, Sarawak. |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
| Depositing User: | Abdul Wahab |
| Date Deposited: | 15 Aug 2025 07:04 |
| Last Modified: | 15 Aug 2025 08:15 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49179 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
