WAN IRYANI, WAN JUSOH (2005) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKHADIRAN DI KALANGAN PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF. [Final Year Project Report / IMRAD] (Unpublished)
|
PDF
Wan Iryani Binti Wan Jusoh FT.pdf Download (8MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakhadiran kerja dan tahap ketidakhadiran di kalangan pekerja bukan eksekutif. Faktor-faktor yang dikaji adalah kepuasan terhadap kerja, hubungan pekerja dengan rakan sekerja, sistem ganjaran langsung, kerja syif malam, kesihatan dan tanggungjawab keluarga. Kajian ini berbentuk survei yang menggunakan borang soal selidik untuk pengumpulan data dan seramai 40 responden telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor kerja syif malam dan faktor kesihatan dengan ketidakhadiran. Hasil kajian mendapati tahap ketidakhadiran pekerja secara keseluruhannya adalah rendah. Justeru itu, dicadangkan pihak organisasi dan pengamal sumber manusia mereka bentuk jadual syif secara efektif dan menyediakan kemudahan perubatan kepada pekerja supaya kadar ketidakhadiran dapat dikurangkan.
| Item Type: | Final Year Project Report / IMRAD |
|---|---|
| Additional Information: | Project report (B.sc.) -- Universiti malaysia sarawak,2005 |
| Uncontrolled Keywords: | KETIDAHADIRAN DI KALANGAN PEKERJA |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
| Depositing User: | Sabang |
| Date Deposited: | 12 Aug 2025 02:32 |
| Last Modified: | 12 Aug 2025 02:33 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49153 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
