KEMEROSOTAN FUNGSI KOGNITIF DAN FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PENYAKIT SKIZOFRENIA

Ross Azura, Zahit (2005) KEMEROSOTAN FUNGSI KOGNITIF DAN FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PENYAKIT SKIZOFRENIA. [Final Year Project Report / IMRAD] (Unpublished)

[img] PDF
Ross Azura Binti Zahit FT.pdf

Download (11MB)

Abstract

Pada umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kemerosotan fungsi kognitif dan faktor-faktor penyebab penyakit skizofrenia. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor kerosakan struktur otak, faktor genetik dan faktor usia. Kajian ini juga mengkaji kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan antipsikotik yang terpaksa ditanggung oleh pesakit skizofrenia. Data-data yang diperolehi adalah melalui kajian perpustakaan (library research), iaitu melalui kajian kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pesakit skizofrenia sememangnya mengalami kerosakan struktur otak pada jirim putih, jirim kelabu dan talamus. Kerosakan pada ketiga-tiga struktur ini memberi impak kepada fungsi kognitif pesakit seperti memori, penaakulan, pemikiran abstrak, kebolehan berbahasa dan kepintaran serta emosinya. Perwarisan genetik daripada ibu bapa yang menghidap skizofrenia menjadi penyebab kepada serangan skizofrenia selain daripada faktor persekitaran seperti latarbelakang penjaga, komplikasi ketika kelahiran, jangkitan kuman, faktor trauma dan tekanan hidup. Serangan penyakit ini juga berbeza bergantung kepada faktor peringkat usia bagi individu yang berlainan jantina. Pengambilan ubat-ubatan antipsikotik yang tidak konsisten menyebabkan kewujudan semula simptom-simptom skizofrenia dan pesakit terbabit sukar disembuhkan. Namun begitu, berdasarkan kajian terkini pesakit yang mengambil ubat-ubatan secara berterusan mampu mengawal simptom-simptom tersebut malah akan pulih sepenuhnya setelah mengambilnya dalam tempoh yang panjang. Pengambilan ubat-ubatan ini juga memberi kesan sampingan kepada pesakit skizofrenia. Sehingga ke hari ini, tiada rawatan spesifik yang dapat menyembuhkan penyakit skizofrenia. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita memahami dengan lebih jelas berhubung penyakit ini dan diharapkan kajian ini dapat membantu menerangkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai penyakit skizofrenia.

Item Type: Final Year Project Report / IMRAD
Additional Information: Project report (B.sc.) -- Universiti malaysia sarawak,2005
Uncontrolled Keywords: FUNGSI KOGNATIF PENYEBAB PENYAKIT SKIZOFRENIA
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Sabang
Date Deposited: 08 Aug 2025 02:37
Last Modified: 08 Aug 2025 02:37
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/49101

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item