LEI, MEE KIONG (2006) HUBUNGAN ANTARA TAHAP TEKANAN DENGAN CARA MENGATASI TEKANAN DI KALANGAN STAF AKADEMIK DAN STAF SOKONGAN: SATU KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK. [Final Year Project Report / IMRAD] (Unpublished)
|
PDF
Lei Mee Kiong FT.pdf Download (10MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tahap tekanan dengan cara mengatasi tekanan di kalangan staf akademik dan staf sokongan di Universiti Malaysia Sarawak yang populasinya seramai 621 orang staf manakala sampel kajian adalah 80 orang responden. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini merupakan cara mengatasi tekanan yang terdiri daripada dua (2) jenis iaitu problem-focused-coping dan emotionfocused- coping yang diasaskan oleh Lazarus (1978) manakala pembolehubah tidak bersandar terdiri daripada jantina dan tahap tekanan. Borang soal selidik yang berbentuk skala likert telah digunakan untuk mendapatkan data kajian. Pengiraan taburan demografi responden dikira dengan menggunakan peratusan. Ujian Kolerasi Pearson telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Ujian-t pula digunakan dalam kajian ini untuk melihat perbezaan antara pembolehubah tidak bersandar. Hasil dapatan daripada analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa keempat-empat hipotesis yang dikemukakan adalah diterima. Ini bermakna bahawa jantina tidak mempunyai perbezaan dengan kedua-dua jenis cara mengatasi tekanan dan juga dengan tahap tekanan. Signifikan antara jantina dengan problem-focused-coping ialah 0.052 dan antara jantina dengan emotion-focused-coping ialah 0.666. Selain itu, cara mengatasi tekanan jenis emotion-focused-coping juga tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap tekanan dengan keputusan Korelasi Pearson 0.069 tetapi cara mengatasi tekanan jenis problem-focused-coping mempunyai perkaitan dengan tahap tekanan dengan keputusan korelasi Pearson 0.339*. Kesimpulannya, tahap tekanan dan cara mengatasi tekanan tidak dipengaruhi oleh jantina. Walaupun begitu, terdapat faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan dan usia yang berkemungkinan akan mempengaruhi tahap tekanan. Oleh itu, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai satu rujukan yang menekankan bahawa isu tekanan haruslah diambil berat pada masa kini untuk menjamin kehidupan yang lebih sihat dan bahagia tanpa menghadapi sebarang tekanan yang melampau.
| Item Type: | Final Year Project Report / IMRAD |
|---|---|
| Additional Information: | Project report (B.sc.) -- Universiti malaysia sarawak,2006 |
| Uncontrolled Keywords: | TEKANAN DI KALANGAN STAF AKADEMIK DAN STAF SOKONGAN |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
| Depositing User: | Sabang |
| Date Deposited: | 07 Aug 2025 07:05 |
| Last Modified: | 07 Aug 2025 07:05 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49087 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
