FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAKSANAAN PENGKASAAN DI KALANGAN PEKERJA

Nortini, Isahak (2005) FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAKSANAAN PENGKASAAN DI KALANGAN PEKERJA. [Final Year Project Report / IMRAD] (Unpublished)

[img] PDF
Nortini Bt isahak.pdf

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan unluk mcngenalpasti perlaksanaan pengkasaan di Perbadanan pembangunan ekonomi Sarawak (PPES) di kalangan pekerja. Faktor pelaksanaan pengkasaan yang dikaji di dalam kajian ini adalah seperti komunikasi, latihan, penglibatan dan ganjaran. Kaedah yang digunakan ialah menggunakan borang soal selidik. Seramai 34 orang responden di kalangan pekerja dijadikan sampel kajian dan dipilih secara rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan ujian statistik berbentuk deskriptif dan inferensi iaitu Ujian-t, ANOVA Schala dan Pekali Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan pengkasaan oleh para pekerja di PPES adalah pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan pengkasaan di kalangan pekerja paling dipengaruhi oleh penglibatan pekerja dan perkaitan yang kuat wujud bagi faktor ini (r= 0.7598 dan p = 0.000). Selain itu, faktor lain seperti komunikasi (r=0.5 18 dan p=0.002), latihan (r = 0.417 dan p - 0.005) dan ganjaran (r- 0.674 dan p = 0.000) mempunyai perkaitan yang sederhana kuat. Ujian ANOVA sehala dan ujian-t telah menunjukkan tiada perbezaan pelaksanaan pengkasaan dengan faktor demografi seperti jantina ,tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan kecuali jawatan. Hasil dapatan dari kajian ini telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan antara pelaksanaan pengkasaan dengan faktor organisasi yang dikaji di kalangan pekerja. Selain itu, keputusan kajian juga mendedahkan bahawa faktor penglibatan adalah merupakan faktor yang paling berpengaruh pada pandangan pekerja. Oleh yang demikian, organisasi haruslah menumpukan perhatian kepada pekerja mereka dalam meningkatkan penglibatan pekerja di dalam pelaksanaan pengkasaan di kalangan pekerja.

Item Type: Final Year Project Report / IMRAD
Additional Information: Project report (B.sc.) -- Universiti malaysia sarawak,2005
Uncontrolled Keywords: faktor pelaksanaan pengkasaan pekerja
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Sabang
Date Deposited: 07 Aug 2025 01:32
Last Modified: 07 Aug 2025 01:32
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/49062

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item