Nyuk Phin, Bong (2024) Penerapan KBAT Dalam PdPc Penulisan Karangan Bahasa Melayu SPM. Masters thesis, IPGK Rajang.
|
PDF
DSVA Bong Nyuk Phin.pdf Restricted to Repository staff only Download (499kB) | Request a copy |
|
|
PDF
Bong Nyuk Phin (24pgs).pdf Download (371kB) |
|
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Bong Nyuk Phin.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meneroka penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan karangan Bahasa Melayu SPM. Empat orang guru Bahasa Melayu yang mengajar Tingkatan 4 dan 5 telah dipilih sebagai peserta kajian dan teknik persampelan betujuan telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah IB (International Barccalaureate) di Bahagian Samarahan, Sarawak. Kajian ini dijalankan untuk merungkai persoalan kajian iaitu kaedah guru menerapkan KBAT dalam proses pra-PdPc, semasa PdPc dan pasca-PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM. Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual secara mendalam dan penganalisisan dokumen yang melibatkan hasil kerja murid. Analisis data secara tematik dilakukan untuk mendapatkan tema-tema yang relevan bagi menjawab persoalan kajian. Tiga tema yang diperoleh untuk menjawab persoalan kajian ialah (i) penerapan KBAT dalam pra-PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM, (ii) penerapan KBAT semasa PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM dan (iii) penerapan KBAT dalam pasca-PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM. Dapatan kajian menunjukkan dalam proses PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM, penerapan KBAT yang melibatkan pelbagai aras berfikir berlaku dalam pra-PdPc, semasa PdPc dan pasca-PdPc. Tatacara penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu yang terbentuk daripada hasil kajian ini boleh digunakan oleh guru Bahasa Melayu sebagai panduan dalam pengajaran karangan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Additional Information: | Thesis (M.Sc.) --Universiti Malaysia Sarawak, 2025. |
| Uncontrolled Keywords: | HOTs, learning, facilitating, writing, essay |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
| Depositing User: | BONG NYUK PHIN |
| Date Deposited: | 13 Aug 2025 07:19 |
| Last Modified: | 06 Jan 2026 04:28 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49038 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
