Vanessa Nini, Ruwel and Tharshini, Sivabalan (2025) Meneroka cabaran dan aspirasi pendidikan bagi masyarakat Iban di Betong, Sarawak. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 15 (1). pp. 79-89. ISSN 2550-1771
|
PDF
7.pdf Download (588kB) |
Abstract
Kualiti pendidikan yang bermutu dapat melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berfikiran secara kritis dan rasional, berkepakaran tinggi, serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan bagi meneroka secara lebih mendalam mengenai cabaran dan aspirasi pendidikan bagi masyarakat Iban di Betong, Sarawak menerusi sesi temubual mendalam. Persampelan bertujuan telah digunakan bagi mengumpul data bersama enam orang informan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada informan yang terlibat dalam kajian ini berada dalam lingkungan umur 19 hingga 41 tahun, telah menamatkan pelajaran setakat peringkat Diploma, serta sedang bekerja di bawah sektor kerajaan dan swasta. Informan yang terlibat dalam kajian ini berpendapat bahawa pelajar luar bandar berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menimba ilmu pengetahuan termasuk ketiadaan kemudahan pengangkutan awam ke sekolah, kekurangan tenaga pengajar di sekolah, kedudukan rumah yang jauh dari sekolah, dan kemudahan internet yang terhad. Seterusnya, dari aspek aspirasi masa hadapan pula informan menjelaskan bahawa jumlah asrama di kawasan luar bandar harus ditambah serta perlu wujud hubungan yang rapat di antara pihak pengurusan sekolah dengan ibu bapa. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan agar memperkasa pembangunan pendidikan di Betong, Sarawak agar anak-anak muda yang dilahirkan di lokaliti yang terpencil di Sarawak masih dapat menikmati prasarana serta mutu pendidikan yang berkualiti pada masa hadapan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Cabaran, aspirasi, Iban, luar bandar, pendidikan, Sarawak. |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
| Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
| Depositing User: | Gani |
| Date Deposited: | 23 Jul 2025 02:52 |
| Last Modified: | 23 Jul 2025 02:52 |
| URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48890 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |
