Adat, Budaya dan Amalan Pesawah Iban Dalam Aktiviti Penanaman Padi di Kuala Tatau, Sarawak

Daniel Ugih, Echoh and Salfarina, Abdul Gapor (2022) Adat, Budaya dan Amalan Pesawah Iban Dalam Aktiviti Penanaman Padi di Kuala Tatau, Sarawak. In: Isu-Isu Pembangunan Komuniti Luar Bandar di Malaysia. Penerbit Universiti Teknologi Sarawak, Sibu, Sarawak, pp. 27-41. ISBN 978-629-97288-0-1

[img] PDF
Adat, budaya dan amalan pesawah Iban.pdf

Download (4MB)

Abstract

Komuniti Iban mengamalkan pelbagai adat, budaya dan amalan dalam aktiviti penanaman padi. Namun begitu, pengaruh pembangunan lazim dalam sektor pertanian telah menyebabkan identiti asal kaum ini semakin terancam. Pembangunan sektor pertanian tidak berlaku dalam satu vakum kerana ia mempunyai hubungkait dengan alam sekitar dan sosio-budaya petani (Ohmart, 2002). Transisi dalam sistem pertanian juga menyebabkan berlakunya perubahan dari segi aspek sosial, politik, budaya dan isu gender dalam pertanian (Ireson, 1996; Scott, 2003). Reformasi dalam sektor pertanian juga mengubah corak sistem pertanian tradisional kerana proses transformasi menyebabkan pesawah kehilangan ciri-ciri asal pesawah tradisional dan beralih kepada kategori kerja bukan pertanian (Wan Hashim, 1984). Menurut Surasin (1996), pemodenan menyebabkan masyarakat ditekan untuk membekalkan sumber yang diperlukan bagi menampung keperluan hidup yang bergantung kepada pasaran dan nilai-nilai individualistik. Akhirnya, pesawah hilang identiti dan amalan hidup yang berpandukan ilmu pengetahuan tempatan telah terhakis (Pulido dan Bocco, 2003). Bab ini membincangkan adat-adat, budaya dan amalan pesawah Iban dalam aktiviti menanam padi di Kuala Tatau. Kuala Tatau terletak dalam pentadbiran Daerah Tatau dan Bahagian Bintulu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Fokus perbincangan bab ini adalah mengenai pesawah padi Iban di kampung Kuala Serupai dan Sungai Semanok yang terletak di Kuala Tatau.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Uncontrolled Keywords: Pembangunan sektor pertanian, adat, budaya, amalan, Komuniti Iban.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Echoh
Date Deposited: 21 Dec 2022 03:11
Last Modified: 03 Apr 2023 08:04
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40966

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item