Strategi dan Penyesuaian Kaedah Sara Hidup Dalam Kalangan Komuniti Bumiputera Pinggir Bandar

Azril Neterhelmy, Shaharuddin and Mohammad Suhaidi, Salleh (2022) Strategi dan Penyesuaian Kaedah Sara Hidup Dalam Kalangan Komuniti Bumiputera Pinggir Bandar. Malaysian Jurnal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7 (9). pp. 1-15. ISSN 2504-8562

[img] PDF
Strategi dan Penyesuaian - Copy.pdf

Download (192kB)
Official URL: https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/ab...

Abstract

Pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada rebakan pembandaran terhadap kawasan pinggir bandar. Ketepuan pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada penerokaan dan pembukaan kawasan pinggir bandar. Perubahan ekonomi di kawasan pinggir bandar dapat dilihat dengan jelas melalui perluasan kuasa pasar, pelaburan syarikat besar dan campur tangan pemerintah. Walaubagaimanapun, komuniti di pinggir bandar ini dilihat mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan segala bentuk perubahan yang berlaku. Peningkatan harga barangan dan kos sara hidup memaksa komuniti pinggir bandar ini untuk mengubah bentuk aktiviti ekonomi dan sara hidup mereka agar dapat bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengukur perubahan aktiviti ekonomi yang berlaku serta mengenal pasti strategi dan penyesuaian sara hidup yang dilakukan oleh komuniti pinggir bandar Daerah Bau. Reka bentuk kajian ini adalah melalui pedekatan survei melalui borang soal selidik yang diedarkan. Dapatan daripada soal selidik juga disokong melalui beberapa siri temubual bersama orang sumber. Kajian ini melibatkan responden seramai 381 orang yang terdiri daripada komuniti bumiputera pinggir bandar di Daerah Bau yang berusia 18 tahun keatas dan dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data seterusnya diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati terdapat perubahan aktiviti ekonomi sara hidup yang ketara antara generasi pertama dan kedua KIR di kawasan pinggir bandar Daerah Bau hasil daripada pembangunan dan perubahan yang berlaku di kawasan tersebut. Kajian juga mendapati terdapat lima strategi dan penyesuaian kaedah sara hidup yang dipersetujui oleh responden yang dilihat berupaya untuk menambah baik pendapatan dan taraf hidup mereka.

Item Type: Article
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Uncontrolled Keywords: Development, Urban Sprawl, Suburban, Livelihood.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Salleh
Date Deposited: 16 Nov 2022 07:31
Last Modified: 03 Apr 2023 08:00
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40476

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item