PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM IKLAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Dayang Asfikha binti Awang Ismail, - (2022) PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM IKLAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
FYP_Dayang Asfikha - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan melalui aplikasi Facebook di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan di Malaysia, mengkategorikan jenis-jenis bahasa rojak dalam iklan perniagaan di Malaysia berdasarkan Kerangka Analisis Jenis Bahasa Rojak oleh Laengkang (2013) dan menghuraikan kesan penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Sebanyak 100 teks iklan perniagaan telah dipilih menggunakan persampelan secara rawak di aplikasi Facebook. Seramai 100 orang pengguna aplikasi Facebook telah dipilih sebagai responden. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan Kerangka Analisis Jenis Bahasa Rojak oleh Laengkang (2013) dan penyaringan sistem perisian statistik iaitu Statistic Package for the Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati terdapat dua jenis bahasa rojak iaitu bahasa rojak separa dan bahasa rojak penuh. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa kesan penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan dapat dilihat melalui dua perspektif iaitu bidang pengiklanan dan bukan bidang pengiklanan.

Item Type: Final Year Project Report
Uncontrolled Keywords: Bahasa rojak, Iklan perniagaan, Facebook
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: John
Date Deposited: 07 Sep 2022 01:19
Last Modified: 16 Feb 2023 08:12
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/39552

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item