Sastera Rakyat daripada Perspektif Kearifan Tempatan dan Potensinya kepada Pelancongan Budaya di Sarawak = Folk Literature from the Perspective of Local Wisdom and Its Potential to the Cultural Tourism in Sarawak

Dilah, Tuah (2022) Sastera Rakyat daripada Perspektif Kearifan Tempatan dan Potensinya kepada Pelancongan Budaya di Sarawak = Folk Literature from the Perspective of Local Wisdom and Its Potential to the Cultural Tourism in Sarawak. Akademika, 92 (2). pp. 153-168. ISSN 0126-5008

[img] PDF
Sastera Rakyat - Copy.pdf

Download (177kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/494...

Abstract

Sastera rakyat merupakan sebahagian daripada budaya rakyat yang merangkumi semua aspek kehidupan. Pada awalnya sastera rakyat atau sastera lisan tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Salah satu daripada sastera rakyat yang popular ialah cerita rakyat, kerana bentuknya yang bersifat universal dan hampir dimiliki oleh semua masyarakat di dunia. Di Sarawak, cerita-cerita rakyat etnik peribumi terdiri daripada cerita asal usul, mitos dan legenda sesuatu tempat yang sebahagianya merupakan destinasi pelancongan utama di negeri ini. Bertitik tolak daripada itu, penelitian ini dijalankan untuk mendapatkan data mutakhir potensi cerita rakyat daripada perspektif kearifan tempatan kepada industri pelancongan budaya di Sarawak. Bagi mendapatkan data kajian, kaedah penyelidikan kualitatif berasaskan analisis teks telah diguna pakai dalam kajian ini. Sebanyak empat buah cerita rakyat Sarawak daripada Antologi Cerita Rakyat Sarawak: Telichu dan Telichai (2020) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan cerita rakyat sememangnya berpotensi menjadi alat untuk mempromosikan pelancongan budaya di Sarawak. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan nilai kearifan tempatan yang terkandung di dalam cerita-cerita rakyat Sarawak mempunyai nilai komersial yang mampu dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Di sisi yang lain, kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para pemegang taruh industri pelancongan Sarawak, dalam merangka strategi baharu bagi memajukan industri pelancongan budaya di negeri ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sastera rakyat; cerita rakyat; kearifan tempatan; budaya; Sarawak.
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 01 Aug 2022 00:58
Last Modified: 10 Oct 2023 07:24
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38993

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item