Ilmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis

Mohd Suhaidi, Salleh and Dilah, Tuah (2021) Ilmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis. Siri Sarawakiana . Pustaka Negeri Sarawak, Kuching. ISBN 978-983-9205-74-9

[img] PDF
Kedayan Book (1) (2).pdf

Download (8MB)

Abstract

Dalam konteks budaya, ilmu sakral merupakan pengetahuan tradisional yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi; yang di dalamnya terkandung segala bentuk adat, kepercayaan dan kebijaksanaan ahli masyarakat yang memilikinya. Ilmu dan kemahiran ini kemudiannya diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat tradisi, bagi tujuan memelihara keharmonian, keselamatan dan kesihatan seluruh ahli masyarakat. Pada masa kini, kemajuan sains dan teknologi telah banyak mengubah cara hidup serta kepercayaan masyarakat Kedayan. Pun begitu, dalam beberapa hal, kebergantungan kepada pengetahuan tradisional masih diperlukan dan ia menjadi pelengkap kepada pengetahuan moden. Sehubungan itu, penerbitan buku ini di harap dapat menghubungkan kembali falsafah, nilai dan pengetahuan tradisi kaum Kedayan, yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Dari segi isi kandungan, buku ini merupakan hasil penyelidikan di lapangan berkenaan ilmu sakral kaum Kedayan di Bekenu, Sarawak. Semua maklumat dan data yang terkandung di dalam buku ini hanyalah untuk tujuan dokumentasi ilmu sakral kaum Kedayan semata-mata, dan bukannya sebagai sumber rujukan utama bagi tujuan pengamalan. Di samping itu, kebarangkalian untuk kandungan buku ini berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan, khususnya pada bahagian mantera. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada penggunaan kandungan buku ini tanpa merujuk kepada para pengamal atau penjaga ilmu sakral kaum Kedayan di Bekenu.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 17 May 2022 01:04
Last Modified: 17 May 2022 01:04
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38524

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item