Sarawak dan Federalisme di Bawah Kepimpinan Adenan Satem, 2014-2017

FREDRICK, MICHAEL GAWAN (2021) Sarawak dan Federalisme di Bawah Kepimpinan Adenan Satem, 2014-2017. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF
Frederick Michael- cutted.pdf

Download (514kB)
[img] PDF (Please get the password from TECHNICAL & DIGITIZATION MANAGEMENT UNIT, ext: 082-583933/ 082-583914)
Frederick Michael_fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
Official URL: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/articl...

Abstract

Kajian ini meneliti perubahan di dalam amalan federalisme di Malaysia dengan merujuk kepada Sarawak di bawah pentadbiran Adenan Satem (2014-2017) sebagai rujukan utama. Penelitian ini dibuat dengan membuat analisa terhadap tuntutan autonomi dan pengembalian semula hak-hak negeri Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Kajian ini juga menilai respon kerajaan persekutuan terhadap perjuangan MA63 negeri Sarawak dan implikasi tindakan negeri terhadap hubungan persekutuan-negeri. Kajian ini adalah bersifat kualitatif sepenuhnya. Ia menggunakan gabungan kaedah kajian desktop, arkib dan perpustakaan secara intensif untuk mendapatkan data yang sedia ada. Temubual mendalam juga dilaksanakan dengan individu-individu tertentu yang mempunyai pengetahuan tentang topik kajian. Dapatan penting kajian dapat dirumuskan seperti berikut: (1) impak tuntutan MA63 Sarawak di bawah Adenan adalah lebih mendalam ekoran daripada kejayaan tindakan populis beliau, prestasi elektoral beliau yang mengagumkan dan pendekatan pragmatik kepimpinan negeri di dalam menguruskan hubungan persekutuan-negeri; (2) kerajaan persekutuan memilih untuk memberi respon secara progresif berbanding regresif kepada tuntutan Sarawak kerana Sarawak memiliki pengaruh untuk mengimbangi kuasa politik yang memanfaatkan kerajaan persekutuan; dan (3) terakhir, perubahan di dalam sistem federalisme Malaysia sepanjang tahun 2014-2017 memperlihatkan desentralisasi fungsi-fungsi pentadbiran dan pemerkasaan Sarawak dalam membuat keputusan. Kata kunci: Autonomi, Adenan Satem, federalisme, pemusatan kuasa, desentralisasi

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: FREDERICK MICHAEL GAWAN
Date Deposited: 20 Apr 2022 03:00
Last Modified: 20 Apr 2022 04:19
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38320

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item