Pengajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Asing: Analisis Pola Kesalahan Tatabahasa dalam Penulisan

Zeckqualine, Melai and Dayang Nurlisa, Abang Zainal Abidin (2020) Pengajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Asing: Analisis Pola Kesalahan Tatabahasa dalam Penulisan. Issues in Language Studies, 9 (1). pp. 86-106. ISSN http://dx.doi.org/10.33736/ils.2351.2020

[img] PDF
tatabahasa2.pdf

Download (262kB)
Official URL: http://www.ils.unimas.my/

Abstract

ABSTRAK Kajian ini menghuraikan kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti jenis-jenis kesalahan tatabahasa dalam aspek penulisan. Data kajian diperolehi dari bahagian penulisan dalam kertas jawapan para pelajar untuk kursus Bahasa Melayu Komunikasi Lanjutan pada peperiksaan akhir. Pendekatan analisis kontrastif dan analisis kesalahan diaplikasikan dalam menganalisis penulisan pelajar asing yang terlibat dalam kajian ini. Terdapat 38 orang pelajar yang terlibat dan mereka berasal dari negara Bangladesh, Jepun, Morocco, Tajikistan, Afrika, China, Indonesia dan Brunei. Terdapat 215 kesalahan tatabahasa yang telah dikenal pasti dalam kajian ini. Kesalahan tersebut dikategorikan kepada 2 aspek, aspek pertama ialah morfologi yang merangkumi kesalahan ortografi 76%, dan leksikal 1%. Manakala yang kedua ialah aspek sintaksis yang merangkumi unsur kelewahan 15%, hukum D-M 8%. Peratusan menunjukkan kesalahan ortografi mencatatkan kekerapan yang paling tinggi. Kesalahan ortografi dibahagikan kepada 3 kategori berdasarkan proses yang berlaku iaitu penukaran huruf dengan huruf lain (^), penambahan huruf dalam perkataan (^^) dan pengguguran huruf dalam perkataan (^^^). Kesalahan ini dipengaruhi oleh latar belakang negara dan bahasa ibunda yang berbeza. Kajian ini turut mencadangkan penekanan dan bimbingan yang berbeza perlu diberikan kepada para pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Keywords: Analisis kesalahan; tatabahasa; pelajar asing; Bahasa Melayu

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Analisis kesalahan; tatabahasa; pelajar asing; Bahasa Melayu
Subjects: A General Works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Melai
Date Deposited: 13 Apr 2022 02:55
Last Modified: 24 Oct 2023 01:40
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38293

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item