Cabaran dan Tekanan terhadap Pelajar Kaunseling yang sedang Menjalani Latihan Internship di Organisasi

Fatahyah, Yahya (2021) Cabaran dan Tekanan terhadap Pelajar Kaunseling yang sedang Menjalani Latihan Internship di Organisasi. In: COVID-19 dan Realiti Baharu Organisasi dan Manusia. UNIMAS Publisher, pp. 63-68. ISBN 978-967-2298-49-6

[img] PDF
Cabaran dan Tekanan terhadap Pelajar Kaunseling.pdf

Download (8MB)

Abstract

COVID-19 merupakan pandemik pada suku pertama abad ke-21 yang mengegarkan dunia. Seluruh penduduk dunia dari serata benua terlibat dan terkesan dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelbagai usaha dibuat oleh warga dunia untuk membendung virus ini daripada terus merebak. Ketika penulisan ini, walaupun belum ada vaksin berkesan yang ditemui, usaha masyarakat dunia ke arah itu telah mula menampakkan hasil. Usaha berterusan untuk membendung wabak ini daripada menular giat dilakukan dan dikesan terdapat perubahan ketara yang positif kepada fenomena yang berlaku sekarang. Sedikit demi sedikit, aktiviti harian mula kembali seperti biasa dan masyarakat juga mula menunjukkan reaksi dan kerjasama positif. Rata-rata penduduk mula sedar bahawa kejayaan membendung wabak ini memerlukan bantuan dan penglibatan dari setiap individu serta libat sama semua pihak. Dalam konteks kehidupan, aktiviti harian perlu diteruskan dan ruang untuk kembali kepada norma asal perlu diusahakan secara aktif. Kebiasaan baharu yang dilalui oleh setiap lapisan masyarakat, sama ada bersifat sementara atau berpanjangan, perlu diberi perhatian yang serius dan dibuat persediaan rapi untuk menjayakannya. Sehubungan dengan itu, harapan saya agar buku ini dapat mempersiapkan semua pihak supaya lebih peka dan sensitif kepada perubahan baharu yang berlaku serta mengambil sikap siap siaga untuk mendepaninya secara bijaksana. Tahniah kepada warga Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) kerana mengambil inisiatif bersifat proaktif untuk ikut serta dalam usaha membantu memberi kefahaman dan perspektif menyeluruh berdasarkan bidang kepakaran masing-masing berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Diharap banyak manfaat dapat diraih melalui perkongsian mereka yang pakar dalam bidang masing-masing berkaitan pandemik yang melanda dunia pada masa ini.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: COVID-19
Uncontrolled Keywords: kaunseling, pelajar, internship, organisasi, covid 19, pandemik.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 08 Apr 2022 02:19
Last Modified: 22 Aug 2022 01:22
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/38265

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item