Perpindahan Ibu Kota Indonesia: Impak dan Peluang kepada Sarawak

A,, Yaakub and M., Salleh and S., Ahmad Ishak (2021) Perpindahan Ibu Kota Indonesia: Impak dan Peluang kepada Sarawak. In: Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimantan: Implikasinya ke atas Negeri Sabah, Malaysia. Penerbit Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, pp. 297-316. ISBN 978-967-2962-84-7

[img] PDF
Bab Buku Perpindahan Ibu Kota Indonesia.pdf

Download (6MB)

Abstract

Negara yang berjiran dan bersempadan darat dan laut tidak terlepas daripada keadaan kebergantungan di antara satu sama lain terutama dalam era globalisasi. Dasar dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara akan memberi impak kepada negara lain. Perpindahan ibu kota Indonesia yang dicadangkan dari Jakarta ke Kalimantan Timur dijangka bermula pada tahun 2024. Oleh demikian, apakah sebab utama ibu kota tersebut perlu dipindahkan ke Kalimantan Timur? Kenapakah Kalimantan Timur dipilih sebagai lokasi terbik? Apakah impak dan peluang kepada Sarawak yang mempunyai sempadan darat dengan Kalimantan Timur? Konsep saling-kebergantungan (interdependence) sesuai digunakan untuk melihat impak dan peluang kepada Sarawak daripada perpindahan ibu kota Indonesia. Kajian mendapati impak positif lebih banyak daripada negatif kepada Sarawak daripada perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur terutama dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, penyediaan perkhidmatan hospital dan pendidikan yang berkualiti, penyaluran dan penjualan bekalan elektrik, pertambahan aktiviti perlancongan dan dasar yang sama dalam pengekalan hutan sebagai 'paru-paru' dunia. Namun, wujud kebimbangan dan cabaran di pihak Sarawak dalam aspek jerebu akibat pembangunan pesat ibu kota tersebut, pertambahan penyeludupan, jenayah rentas sempadan dan pendatang tanpa izin.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Ahmad Ishak
Date Deposited: 20 Dec 2021 01:53
Last Modified: 12 Sep 2022 02:33
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/37299

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item