USAHAWAN SISWA : MEMETA HALUAN, MELAKAR JAYA

Nik Maheran, Nik Muhammad and Mohd Zabri, Yusof and Mohammad Ishamudin, Ismail and Fazli, Said and Norazirah, Ayob and Ahmad Syubaili, Mohamed and Aida Shafreena, Ahmad Puad and Jessica Rinny, Meting (2021) USAHAWAN SISWA : MEMETA HALUAN, MELAKAR JAYA. Penerbit UMK, Bachok, Kelantan, pp. 1-281. ISBN 978-967-2912-70-5

[img] PDF
BUKU USAHAWAN SISWA.pdf

Download (49MB)

Abstract

Pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030. Penerapan budaya keusahawanan melalui pelaksanaan enam Teras Strategik di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) merupakan pemangkin kepada proses transformasi ekonomi inklusif dan komuniti keusahawanan negara. Sejajar dengan hasrat kerajaan melalui pembentukan DKN yang melibatkan pelaksanaan program pembangunan keusahawanan yang merangkumi kemudahan pembiayaan, pembangunan infrastruktur, aktiviti penyelidikan dan latihan serta kemahiran di kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia supaya ia mampu menjadi platform untuk melahirkan dan mencipta para graduan berminda keusahawanan kelas pertama. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan telah memberi nilai tambah bukan sahaja dalam bidang berkaitan semata-mata, namun ia juga turut mendedahkan mereka dengan pelbagai kemahiran keusahawanan melalui penciptaan produk dan perkhidmatan baharu sekali gus menyokong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara serta menjadi pencipta pekerjaan (job creator). Selari dengan matlamat Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025, buku ini telah digarap berdasarkan enam kategori utama perniagaan berteraskan inovasi dan teknologi iaitu perniagaan kosmetik dan kesihatan, perkhidmatan fotografi dan audiografi, produk makanan dan minuman, aktiviti peruncitan, bidang seni kreatif dan tekstil serta perkhidmatan pengkhususan. Seramai 39 usahawan dalam kalangan mahasiswa dan graduan yang berjaya menempa nama dengan meraih pelbagai anugerah dan kejayaan melalui pembentukan inovasi produk, proses, pemasaran, peralatan dan pembungkusan melalui pemikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, buku ini turut menceritakan tentang perjalanan suka dan duka mereka sepanjang bergelar usahawan yang boleh dijadikan iktibar dan contoh tauladan yang baik kepada individu yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Semoga penerbitan buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya ini, mampu menjadi wadah ilmu yang berguna sekali gus menjadi perangsang kepada jiwa-jiwa yang dahagakan perubahan dan menjadi inspirasi khususnya kepada para mahasiswa untuk menerokai bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Entrepreneurship, Business enterprises, Young businesspeople--Anecdotes,
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Mohamed
Date Deposited: 15 Dec 2021 06:41
Last Modified: 15 Dec 2021 06:41
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/37172

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item