PANDEMIK COVID-19 MEMPERKAYA AKRONIM BAHASA MELAYU

Mary Fatimah, Subet and Roslan, Ali and Salbia, Hassan and Dayang Sariah, Abang Suhai and Muhammad Zaid, Bin Daud and Shahira, JOHAN (2021) PANDEMIK COVID-19 MEMPERKAYA AKRONIM BAHASA MELAYU. In: Proceedings of the 3rd International Conference on Language Studies 2021, 8-9 September 2021, UNIMAS.

[img] PDF
230.pdf

Download (319kB)
Official URL: http://www.conference.unimas.my/2021/icls2021/inde...

Abstract

Beberapa akronim terkini telah wujud apabila dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul dalam usaha Kerajaan Malaysia membendung penularan COVID-19. Kajian ini ialah kajian kualitatif menggunakan kerangka pengkategorian akronim yang telah dikemukakan oleh Nik Safiah Karim et.al (2014). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia. Sebanyak 200 kongsian maklumat SMS kepada umum daripada pihak MKN antara 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco dianalisis di samping kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang dan kongsian siaran berita terpilih turut dilakukan untuk mengenal pasti data kajian yang mengandungi akronim. Seterusnya borang soal selidik dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. 152 orang responden telah terlibat menjawab soal selidik ini atas talian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat akronim popular seperti PKP, PKBP, PKPD, SOP, 3S, 3W, 3C dan beberapa lagi berkaitan COVID-19 yang telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia dalam membicarakan pandemik COVID-19. Akronim-akronim ini yang sekarang didapati digunakan secara meluas diharap dapat memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam Bahasa Melayu.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: COVID-19
Uncontrolled Keywords: COVID-19;,akronim;,Bahasa Melayu;,mesej pesanan ringkas (SMS)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 01 Dec 2021 09:29
Last Modified: 13 Oct 2023 02:46
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36888

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item