Konsep 'Perjalanan' dalam Bahasa Kiasan Kaum Iban

Hamidah, Abdul Wahab and Siti Marina, Kamil and Remmy, Gedat and Clinton, Ringit (2021) Konsep 'Perjalanan' dalam Bahasa Kiasan Kaum Iban. In: iCLS2021 Language Sustainability: Reality, Challenges and Directions in the Digital Technology Era, 8-9 September 2021, Faculty of Language and Communcation, UNIMAS (virtual).

[img] PDF
perjalanan.pdf

Download (681kB)
Official URL: http://www.conference.unimas.my/2021/icls2021/inde...

Abstract

Metafora dirujuk sebagai makna kiasan atau makna yang abstrak, dan sumber penciptannya berhubung rapat dengan segala kejadian dan peristiwa alam. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan metafora dalam bahasa kiasan kaum Iban, khususnya yang berkait dengan konsep ‘perjalanan’. Menerusi kajian ini, makna dan tujuan penggunaannya berlandaskan pemikiran dan kepercayaan kaum Iban turut dijelaskan. Kaedah lapangan digunakan untuk mendapatkan data, iaitu melalui temu bual bersama informan di Kampung Jeragam, Sebuyau Sarawak. Informan kajian terdiri daripada 10 orang penutur Iban lelaki dan wanita, berusia 40 tahun ke atas. Data kajian dihuraikan berdasarkan pendekatan semantik kognitif, melibatkan kerangka metafora konseptual dalam Idealize Cognitive Model (ICMs), seperti diutarakan oleh Lakoff dan Johnson (1980). Analisis data dari sudut ini berupaya menunjukkan pemikiran kaum Iban dalam penciptaan bahasa kiasan adalah secara sistematik dan berlandaskan pengetahuan serta pengalaman seharian mereka, dan bukan secara sewenang-wenangnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metafora dalam beberapa ungkapan, antaranya makai garam (makan garam), alah nyawa (kalah nyawa), mutuih seput (nafas terakhir), perau’ (perahu), dan nganjung niang (hantar mendiang) dapat menggambarkan konsep ‘perjalanan’ bagi kaum Iban, merangkumi alam kehidupan, kematian dan alam selepas kematian. Kajian ini signifikan dijalankan sebagai satu sumbangan terhadap warisan kebahasaan dan budaya Iban, di samping menunjukkan ketinggian pemikiran kaum Iban menerusi bahasa kiasan yang diturunkan daripada leluhur mereka. Kata kunci: metafora, perjalanan, Iban, kiasan, budaya

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: metafora, perjalanan, Iban, kiasan, budaya, UNIMAS, University, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies (rebranded to FLSCS in 2015)
Depositing User: Abdul Wahab
Date Deposited: 15 Oct 2021 01:52
Last Modified: 15 Oct 2021 01:52
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36428

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item