Transformasi Bangunan Warisan Bersejarah: Suatu Tinjauan Menyeluruh

Nik Saiful Ameyrul, Nik Hanapi and Noria, Tugang (2021) Transformasi Bangunan Warisan Bersejarah: Suatu Tinjauan Menyeluruh. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (7). pp. 228-235. ISSN 2504-8562

[img] PDF
Noria Tugang.pdf

Download (114kB)
Official URL: http://www.msocialsciences.com

Abstract

Bangunan warisan bersejarah merupakan satu khazanah peninggalan warisan yang tidak ternilai harganya. Kewujudannya banyak memberikan manfaat kepada negara, baik dari aspek sosial mahupun pendidikan dan juga ekonomi. Justeru, berdasarkan tinjauan daripada kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa melalui transformasi dan pemuliharaanbangunan-bangunan warisan bersejarah merupakan satu langkahpengekalan dan kelestarian bangunan warisan bersejarah. Impak daripada kewujudan khazanah warisan seperti bangunan warisan bersejarah ini dapat memberi ilmu pengetahuan berkaitan bangunan warisanbersejarah dan sekali gus boleh dijadikan bahan rujukan kepada generasi masa hadapan. Kajian ini menerangkan keperluan transformasi bangunan warisan bersejarah yang menjadi sesuatu produk baharu yang boleh mendatangkan hasil kepada negara. Kepentingan transformasi terhadap bangunan warisan bersejarah juga turut dikupas secara ringkas dalam kajian bagi memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat serta pihak yang bertanggungjawab terhadap penjagaan bangunan warisan bersejarah ini.Harapan daripada kajian ini supaya khazanah warisan ini dapat dikekalkan pada masa hadapan dan banyak lagi usaha yang bakal dicadangkan bagi melestarikan bangunan warisan bersejarah ini.

Item Type: Article
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Uncontrolled Keywords: transformasi, pemuliharaan, bangunanwarisan bersejarah
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 14 Oct 2021 06:53
Last Modified: 19 Sep 2022 06:43
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36418

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item