Peranan Penyederhana Jarak Kuasa Terhadap Hubungan Kepercayaan Organisasi Dan Perilaku Mendiamkan Diri Dan Bersuara Pekerja (Relationship between Organizational Trust, Employee Voice and Silence Behaviour: The Moderator Effect of Power Distance)

Nazia, Abdul Hodi and Zaiton, Hassan (2021) Peranan Penyederhana Jarak Kuasa Terhadap Hubungan Kepercayaan Organisasi Dan Perilaku Mendiamkan Diri Dan Bersuara Pekerja (Relationship between Organizational Trust, Employee Voice and Silence Behaviour: The Moderator Effect of Power Distance). Jurnal Pengurusan, 62 (2021). pp. 1-17.

[img] PDF
kepercayaan1.pdf

Download (678kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan

Abstract

Kajian lepas mendapati faktor organisasi dan budaya yang diamalkan mempunyai pengaruh terhadap perilaku mendiamkan diri dan bersuara dalam kalangan pekerja. Walau bagaimanapun, kajian berkaitan dengan perilaku dan berdiam diri ini lebih banyak dijalankan di Barat, yang mempunyai dimensi budaya yang berbeza. Justeru, dapatan kajian di Barat mungkin tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam konteks Asia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepercayaan organisasi (percaya terhadap organisasi, percaya terhadap ketua, percaya terhadap penyelia) dengan perilaku mendiamkan diri dan bersuara dalam kalangan pekerja. Turut dikaji ialah dimensi budaya, jarak kuasa sebagai penyederhana untuk hubungan kepercayaan organisasi dan perilaku mendiamkan diri dan bersuara oleh pekerja. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan sebanyak 111 orang responden daripada industri pembuatan yang dianalisa menggunakan IBM SPSS versi 22.0 dan SmartPls 3.0. Hasil kajian mendapati jarak kuasa hanya mengukuhkan hubungan antara kepercayaan organisasi dengan perilaku bersuara serta hubungan percaya terhadap ketua dan penyelia berbanding perilaku mendiamkan diri dalam kalangan pekerja. Oleh itu, penekanan dalam isu kepercayaan organisasi perlulah diberikan perhatian kerana mampu mempengaruhi tingkah laku individu di tempat kerja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Power distance; silence; voice; trust in organization; trust in leader; trust in supervisor, UNIMAS, University, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Hassan
Date Deposited: 06 Oct 2021 03:28
Last Modified: 06 Oct 2021 03:28
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36288

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item