Inovasi Rekaan Busana Tradisional Etnik Jatti Miriek di Miri, Sarawak

Nashila, Japeri (2021) Inovasi Rekaan Busana Tradisional Etnik Jatti Miriek di Miri, Sarawak. Masters thesis, University of Malaysia Sarawak.

[img] PDF
Nashila binti Japeri - Copy.pdf

Download (237kB)
[img] PDF (Please get the password from TECHNICAL & DIGITIZATION MANAGEMENT UNIT, ext: 082-583913/ 082-583914)
Nashila binti Japeri- FULL.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB) | Request a copy

Abstract

Keunikan yang terkandung pada busana tradisional etnik minoriti Jatti Miriek yang mendiami daerah Miri di Sarawak perlu dieksplorasi melalui kefahaman dan penghayatan yang menjadi keistimewaan busana ini berbanding dengan busana tradisional etnik lain di Sarawak. Namun, penyelidikan lengkap ke atas spesifikasi busana tradisional ini masih terbatas. Selain itu, melihat kepada isu dalam aspek pemakaian didapati bahawa pemakaiannya adalah terhad iaitu hanya dipakai dalam program kebudayaan di mana busana ini perlulah ditonjolkan keunikannya melalui pemakaian tanpa had seperti pemakaiannya sebagai busana kerja melalui rekaan busana formal. Namun, penghasilan busana secara berterusan agak terhad kerana motif renda sukar didapati di pasaran untuk mengekalkan penggunaan motif renda yang sama dalam penghasilan busana. Oleh itu, fokus penyelidikan ini adalah untuk menghayati keunikan busana tradisional etnik Jatti Miriek melalui makna yang terkandung pada busana berdasarkan pemahaman teori semiotik oleh Peirce (1860) bagi mengekalkan keunikan busana dalam penghasilan busana inovatif. Kaji selidik validasi dijalankan terhadap 100 orang responden yang terdiri daripada orang awam bagi mendapati persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap penghasilan busana inovatif setelah menghayati dan mengekalkan keunikan busana tradisional serta penelitian melalui makna yang tersirat pada busana dibuat berdasarkan panduan teori semiotik oleh Peirce (1860). Konsep busana inovatif dalam kajian ini adalah transformasi rekaan busana kepada busana formal dan kaedah inovasi dalam penghasilan motif renda daripada kaedah cetakan skrin. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah temu bual, pemerhatian, eksperimentasi dan tinjauan. Hasil kajian validasi mendapati responden memberi penerimaan yang positif melalui penghasilan busana inovatif dan berpendapat bahawa usaha ini berpotensi untuk menonjolkan keunikan busana tradisional etnik Miriek dalam industri fesyen. Akhir kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan sumber utama bagi penyelidik serta pereka dalam memperkembangkan kajian dan penghasilan busana tradisional etnik Jatti Miriek dengan mempertimbangkan keunikan yang memiliki makna pada busana agar lebih dihargai dan dilestarikan. Kata kunci: Busana tradisional, Jatti Miriek, semiotik, inovasi, validasi

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MA.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2021.
Uncontrolled Keywords: Traditional clothing, Jatti Miriek, semiotic, innovation, validation.
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing Design Illustration
N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: NASHILA BINTI JAPERI
Date Deposited: 27 Aug 2021 03:26
Last Modified: 11 Jan 2022 03:07
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35905

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item