STRATEGI PELESTARIAN TRADISI LISAN LEKA TIMANG GAWAI BURONG MASYARAKAT IBAN

JENIFFER EMPIANG, LIMAN (2021) STRATEGI PELESTARIAN TRADISI LISAN LEKA TIMANG GAWAI BURONG MASYARAKAT IBAN. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF
Jeniffer Empiang Liman - 24 pgs.pdf

Download (209kB)
[img] PDF (Please get the password from TECHNICAL & DIGITIZATION MANAGEMENT UNIT, ext: 082-583913/ 082-583914)
Jeniffer Empiang Liman.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Iban terkenal dengan kepelbagaian perayaan gawai yang berkaitan dengan kepercayaan animisme seperti Gawai Burong, Gawai Dayak, Gawai Tuah dan Gawai Sakit. Setiap gawai yang diadakan mempunyai leka timang khas yang akan didendangkan atau dinyanyikan oleh lemambang. Penyelidikan ini fokus kepada makna tradisi lisan leka timang yang digunakan semasa Gawai Burong dijalankan. Selain itu, penyelidik meneliti pertembungan dan perubahan yang memberi impak yang besar terhadap tradisi lisan leka timang pada masa kini. Penyelidikan ini turut fokus terhadap strategi penambahbaikan dan pelestarian yang sesuai untuk memelihara tradisi lisan leka timang dalam kalangan generasi kini. Penyelidikan ini dijalankan di Daerah Pakan, Sarikei, Sarawak. Bagi mendapatkan maklumat terus daripada informan, penyelidik telah menggunakan kaedah temubual secara berstruktur dan tidak berstruktur. Gawai Kelingkang Nanga atau Burong merupakan gawai yang tertinggi di antara Gawai Burong yang dijalankan oleh masyarakat Iban. Gawai Kelingkang Nanga atau Burong kurang relevan dianjurkan pada masa kini. Gawai Kelingkang Nanga atau Burong merupakan gawai yang hanya boleh dianjurkan oleh Tuai Serang atau Tuai Kayau yang telah berjaya dalam ekspedisi ngayau. Tambahan lagi, timang Gawai Kelingkang Nanga merupakan timang gawai yang paling panjang antara timang Gawai Burong yang lain. Penyelidik menyarankan agar lebih banyak lagi penyelidikan yang berkaitan dengan tradisi lisan masyarakat Iban berasaskan pelbagai perspektif dan kategori. Hanya dengan penyelidikan yang sedemikian, tradisi lisan dapat dikekalkan dan dipromosikan kepada generasi baharu dan masyarakat luar. Kata kunci: Masyarakat Iban, timang, Gawai Burong, pelestarian budaya dan perubahan budaya

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2021.
Uncontrolled Keywords: Iban, timang, Gawai Burong, cultural preservation and cultural change.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: JENNIFER EMPIANG ANAK LIMAN
Date Deposited: 17 Aug 2021 00:50
Last Modified: 17 Aug 2021 00:50
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35820

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item