Pemikiran Realisme dalam Karya-Karya Indie Malaysia Terpilih

AMIR ASYRAFF, JAMIN (2021) Pemikiran Realisme dalam Karya-Karya Indie Malaysia Terpilih. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img] PDF
Amir Asyraff - 24 pgs.pdf

Download (622kB)
[img] PDF (Please get the password from TECHNICAL & DIGITIZATION MANAGEMENT UNIT, ext: 082-583913/ 082-583914)
Amir Asyraff.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menganalisis empat buah novel Indie di Malaysia, iaitu Aku Rindu 90’s (2012), Surat-Surat Untuk Kaherah (2013), Kunang Pesisir Morten (2015) dan Budak Kelas Belakang (2018) bagi melihat pemikiran realisme yang dikemukakan dalam novel-novel tulisan penulis-penulis Indie di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kerangka teori realisme Lukacs (1963). Analisis secara struktural digunakan untuk mengenal pasti pandangan, wawasan, harapan dan nilai-nilai yang signifikan serta kesannya dalam penambahbaikan kualiti hidup masyarakat. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk mengesan dan mengenal pasti kewujudan pemikiran realisme di dalam karya Indie, mengemukakan bukti bahawa karya-karya Indie adalah setanding dengan karya serius yang lain serta untuk menentukan definisi baharu yang lebih tepat dan adil kepada karya-karya Indie yang sedang berkembang sebagai cabang sastera baharu di Malaysia. Kesemua novel yang dianalisis didapati sarat dengan pemikiran realisme yang meliputi aspek-aspek pembangunan masyarakat seperti sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan agama. Dapatan kajian ini menunjukkan karya-karya Indie juga membawakan pemikiran serius yang memberi impak kepada masyarakat khususnya kepada pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan agama sesebuah masyarakat. Karya Indie juga didapati setanding dengan karya-karya serius terbitan arus perdana. Dapatan kajian ini turut menunjukkan penilaian dan definisi yang lebih positif dan adil harus diberikan kepada karya-karya Indie. Kesemua dapatan kajian membuktikan karya Indie adalah setanding dengan karya-karya sastera pelbagai genre di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2021.
Uncontrolled Keywords: Indie novels, social discourse, Lukacs’s theory of realism, social delevopment.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
H Social Sciences > HX Socialism. Communism. Anarchism
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language & Communication
Depositing User: AMIR ASYRAFF BIN JAMIN
Date Deposited: 26 Jul 2021 06:10
Last Modified: 26 Jul 2021 06:10
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35689

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item