Motivasi Dalaman Bantu Pematuhan SOP, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).

Hamrila, Abd Latif (2021) Motivasi Dalaman Bantu Pematuhan SOP, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts). [Newspaper Cutting] (In Press)

[img]
Preview
Image
Article 17.jpg

Download (402kB) | Preview
Official URL: https://suarasarawak.my/

Abstract

Motivasi dalaman ini dilihat penting dan berperanan dalam merealisasikan kepatuhan terhadap SOP. Yang mampu bertahan untuk tidak balik beraya, tidak merentas negeri, tidak membuat apa-apa pelanggaran SOP itu lebih berketahanan dan lebih terhormat. Jadikan kepuasan pada diri sendiri bagi yang mampu menahan diri menghalang jangkitan dan mengelak daripada sebarang rekod saman salah laku. Jangan bosan pada pematuhan SOP yang kita sendiri ketahui membawa manfaat pada yang ramai. Kewaspadaan diri pada cengkaman virus yang mengganas kini bertindan pula dengan keperluan ekonomi yang semakin menekan. Keadaan yang berlarutan akan menyebabkan lebih ramai kelompok masyarakat yang semakin terkesan. Bayangkan jika ini berlarutan, apa lagi agaknya kesan pada diri dan kehidupan anda, juga orang di sekeliling anda? Bila mana syarikat-syarikat besar juga tidak lagi beroperasi dan terpaksa gulung tikar, lebih ramai lagi yang kehilangan pekerjaan. Memahami konsep SOP ini ada persamaannya dengan elemen kawalan di dalam ilmu bidang pengurusan. Ianya mengawal kita agar tidak tersasar daripada apa yang dirancang. Kita harus memastikan tindakan kawalan, rangka masa, dan julat kawalan yang boleh diterima. Dalam konteks pengurusan pandemik, kita merancang untuk bebas daripada virus. Sekiranya berlaku situasi luar julat, apakah tindakan susulan yang harus kita lakukan? Sama ada di peringkat organisasi mahupun individu, sama-samalah kita memutuskan rantaian jangkitan dengan inisiatif kawalan yang proaktif.

Item Type: Newspaper Cutting
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 21 Jul 2021 03:31
Last Modified: 21 Jul 2021 03:31
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35654

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item