Pengurusan Wabak, Refleksi Diri, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).

Hamrila, Abd Latif (2021) Pengurusan Wabak, Refleksi Diri, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts). [Newspaper Cutting] (In Press)

[img]
Preview
Image
Article 16.jpg - Published Version

Download (788kB) | Preview
Official URL: https://suarasarawak.my/

Abstract

Kita semua maklum kekangan persekitaran sosio-ekonomi yang kurang kondusif dan keperluan SOP dalam mencegah penularan virus Corona, begitu membataskan keupayaan sedia-ada dari segi kewangan, capaian pasaran fizikal, kebolehtentuan perjalanan dan sebagainya. Bukan sedikit kerugian yang terpaksa ditanggung akibat ketidaktentuan pasaran dan perubahan luar jangka. Menyoroti kisah tsunami Covid-19 di India, ianya ibarat benteng pertahanan yang roboh. Akibat terlalu bersangka baik yang Covid-19 telah pun reda dan dapat dikawal, akhirnya ‘sangkaan baik’ itulah yang menjadi titik hitam bagi seluruh negara tersebut. Tidak ada ruginya kita terus berwaspada. Anggapkan ada saja kemungkinan di sekeliling kita punya sejarah perjalanan dan interaksi yang tidak kita ketahui. Siapa sahaja di sekeliling kita sebenarnya berpotensi menjadi pencetus kluster. Malah mungkin sahaja ‘super spreader’ yang belum menampakkan diri dalam saringan pertama, seperti yang telah berlaku dalam kluster Pasai dan Sivagangga. Selain dari iktibar dalam meningkatkan sikap waspada diri, tragedi tsunami Covid-19 di India ini menjadi refleksi yang jelas kepada kefahaman kita akan kepentingan dan aplikasi ilmu pengurusan. Sangat jelas, menghindar wabak dan menyekat penularan virus tidak mampu dibuat di peringkat perseorangan. Ianya harus dirancang bersistematik, disusun dengan padanan sumber yang kita miliki, dipimpin secara disiplin dan komitmen, seterusnya dikawal selia dengan adil saksama.

Item Type: Newspaper Cutting
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 21 Jul 2021 03:30
Last Modified: 21 Jul 2021 03:30
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35652

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item