Tenggelamnya Kapal Nanggala 402, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).

Hamrila, Abd Latif (2021) Tenggelamnya Kapal Nanggala 402, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts). [Newspaper Cutting] (In Press)

[img]
Preview
Image
Article 13.jpg

Download (983kB) | Preview
Official URL: https://suarasarawak.my/

Abstract

Keadaan yang tak dijangka menghendaki kita bersedia. Namun perkataan bersedia itu terlalu besar konteksnya. Bersedia yang bagaimanakah agaknya untuk kita menghadapi kemungkinan luar jangka di persekitaran kita? Pertama, yang paling jelas untuk kita semua adalah bersedia pada kehilangan. Apapun yang kita ada, harta, kenderaan, jentera, serta harta pelaburan dari segi teknologi mahupun kepakaran, bukanlah milik mutlak kita. Bila-bila masa dan dengan apapun cara, ianya mungkin akan pergi begitu saja. Pengajaran yang kedua adalah bersedia untuk saat-saat kecemasan. Saat kita dilanda musibah, apakah agaknya yang perlu kita lakukan terlebih dahulu? Sedih, terkejut dan bingung itu pasti ada. Namun berbeza kadar penerimaan bagi setiap seseorang yang sedang menghadapinya. Jika kesedihan, rasa terkejut dan bingung itu melepasi tahap selamat, dikhuatiri kekuatan dan pegangan diri kita akan terjejas. Ini akan menjadikan kita lemah (vulnerable), apa lagi jika ketika itu ada dugaan bertimpa. Pengajaran yang ketiga berkaitan tentang persediaan yang dibuat, sebelum berlakunya kemalangan atau musibah. Dalam konteks ini, persediaan itu adalah satu tanggungjawab. Tanyakanlah pada diri, apakah pekerjaan kita yang berkait tentang memberi persediaan kepada yang lain? Adakah kita menyedari betapa pentingnya ketelitian kita itu akan memastikan keselematan orang lain? Misalnya, individu yang menyediakan alatan atau membuat pemeriksaan kualiti sebelum kenderaan berangkat. Jika persediaan dibuat sebaik dan seteliti mungkin , terlepaslah kita dari bebanan kecuaian.

Item Type: Newspaper Cutting
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 21 Jul 2021 03:29
Last Modified: 21 Jul 2021 03:29
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35649

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item