UNSUR ALAM DALAM PERIBAHASA IBAN (JAKU’ SEMPAMA): SATU ANALISIS SEMANTIK INKIUSITIF

RUSSEL DUNDANG, JEFFREY (2018) UNSUR ALAM DALAM PERIBAHASA IBAN (JAKU’ SEMPAMA): SATU ANALISIS SEMANTIK INKIUSITIF. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password from ACADEMIC REPOSITORY UNIT, ext: 082-583913/ 082-583914)
UNSUR ALAM DALAM PERIBAHASA IBAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penggunaan peribahasa dalam masyarakat Iban menggambarkan bahawa masyarakat ini juga turut menjaga kesantunan berbahasa dalam memberikan teguran, nasihat atau sindiran kepada orang lain. Unsur-unsur yang digunakan dalam peribahasa juga mencerminkan dan memaparkan budaya yang terdapat pada masyarakat ini dengan mengaplikasikan pengalaman dan pengamatan mereka terhadap alam sekeliling. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur alam dalam jaku’ sempama Iban menggunakan analisis semantik Inkuisitif. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji berpandukan dua objektif iaitu menyenaraikan dan mengenal pasti 24 peribahasa Iban (jaku’ sempama) yang mengandungi unsur alam dalam penciptaannya dan menganalisis akal budi dan falsafah masyarakat Iban dalam penciptaan peribahasa Iban (jaku’ sempama) dengan menggunakan semantik Inkuisitif. Unsur alam tersebut akan dibahagikan kepada 4 domain iaitu haiwan, tumbuhan, sumber atau tenaga, dan alam semesta. Dalam mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu menggunakan data korpus dan menemu bual 2 informan. Analisis dalam kajian ini turut menggunakan pendekatan semantik inkuisitif bagi menjelaskan makna, kognitif dan memasukkan falsafah serta akal budi masyarakat Iban berkenaan peribahasa yang dipilih. kajian ini juga memasukkan ilmu daripada bidang lain dalam mencungkil persoalan penggunaan unsur alam dalam peribahasa Iban. Hasil kajian mendapati terdapatnya falsafah di sebalik penciptaan sesuatu peribahasa masyarakat Iban yang dapat dikaitkan dengan budaya masyarakat tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSC) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2018.
Uncontrolled Keywords: Semantik inkuisitif, akal budi, falsafah, peribahasa, masyarakat iban, unsur alam
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Dan
Date Deposited: 09 Mar 2021 07:09
Last Modified: 09 Mar 2021 07:09
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34745

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item